UPMS PERKUKUH JARINGAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA MELALUI PROGRAM SCOR VISITING SCHOLAR DI VIETNAM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPMS PERKUKUH JARINGAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA MELALUI PROGRAM SCOR VISITING SCHOLAR DI VIETNAM

UPMS PERKUKUH JARINGAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA MELALUI PROGRAM SCOR VISITING SCHOLAR DI VIETNAM

Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) berbangga berkongsi kejayaan penyertaan Profesor Madya Dr. Leong Sui Sien, Prof. Madya di Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan dalam Program SCOR Visiting Scholar di Phenikaa University, Hanoi, Vietnam, yang berlangsung dari 22 Mei hingga 5 Jun 2026.
 
Lawatan akademik ini memberi tumpuan kepada pertukaran ilmu, pengajaran, bimbingan serta kolaborasi penyelidikan dalam bidang mikrobiologi, kelestarian alam sekitar, dan biodegradasi plastik. Sepanjang program tersebut, Dr. Leong telah menyampaikan seminar, menjalankan aktiviti bimbingan makmal, pensampelan lapangan, serta bengkel penulisan saintifik yang melibatkan seramai 86 peserta terdiri daripada staf akademik, pelajar pascasiswazah, pelajar prasiswazah, pelatih antarabangsa, serta pelajar dari sekolah antarabangsa rakan strategik universiti.
 
Program ini berjaya memperkukuh kerjasama antarabangsa antara UPM dan Phenikaa University, di samping menyokong pembangunan kapasiti saintifik, jaringan penyelidikan, serta membuka peluang kepada penyelidikan bersama dan mobiliti pelajar pada masa hadapan.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 18/06/2026 | Updated: 18/06/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (10:10:10pm-10:15:10pm, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]