Kuching, 16 Jun 2026 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) atas kejayaan membanggakan meraih Johan Anugerah Artikel Terbaik dalam Program Impact Digital Community Tourism (IDCT) 2.0.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, kreativiti serta komitmen tinggi para mahasiswa dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti, berimpak dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Tahniah kepada:

Nelson Ngau Jani

Ilvelin anak Guial

Nurul Dayana binti Abdul Hamid

Nur Syafiqah binti Taib

Andrian Calvin Kalong anak Michael Kawi
Dengan bimbingan mentor:

Dr. Aryaty binti Alwie
Lebih membanggakan, pasukan UPMS turut berjaya membawa pulang Pingat Perak bagi pencapaian keseluruhan pertandingan, sekali gus membuktikan kecemerlangan mahasiswa UPMS dalam bidang inovasi, penulisan dan pembangunan komuniti.
Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa bimbingan dan sokongan padu daripada mentor projek serta para pensyarah dan staf UPMS yang sentiasa memberi tunjuk ajar, galakan dan bantuan sepanjang pelaksanaan program.
Penghargaan istimewa juga ditujukan kepada komuniti Rumah Patrick Libau atas kerjasama, keterbukaan dan komitmen yang diberikan. Perkongsian ilmu, pengalaman dan budaya oleh komuniti telah menjadi asas penting dalam menjayakan projek serta menghasilkan impak yang bermakna kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai mahasiswa untuk terus berkarya, menyumbang idea serta mengharumkan nama universiti di persada yang lebih tinggi.
Warga UPMS berbangga dengan kejayaan anda. Teruskan melakar kecemerlangan, berilmu berbakti dan mengangkat nama UPMS ke peringkat yang lebih gemilang.
Date of Input: 18/06/2026 |
Updated: 18/06/2026 | lanz
MEDIA SHARING