UPMS RAIH NAIB JOHAN & ANUGERAH MONTAJ TERBAIK DALAM FORUM INTEGRITI PIALA PREMIER SARAWAK 2025 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPMS RAIH NAIB JOHAN & ANUGERAH MONTAJ TERBAIK DALAM FORUM INTEGRITI PIALA PREMIER SARAWAK 2025

UPMS RAIH NAIB JOHAN & ANUGERAH MONTAJ TERBAIK DALAM FORUM INTEGRITI PIALA PREMIER SARAWAK 2025

Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) terus mengharumkan nama institusi apabila berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan Forum Integriti Piala Premier Sarawak 2025 yang telah berlangsung di Kuching dengan penuh meriah dan semangat intelektual.
 
Pasukan UPMS tampil dengan persembahan mantap di bawah tajuk forum mereka: “Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama: Integriti dalam Pembangunan Mampan” Tajuk ini menekankan peranan penting integriti dalam memastikan pembangunan yang lestari dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar — satu mesej yang sangat relevan dengan cabaran semasa dunia hari ini.
 
Lebih membanggakan, pasukan ini turut membawa pulang Anugerah Montaj Terbaik, hasil kreativiti mereka dalam menghasilkan video montaj pembuka yang padat dengan mesej, emosi dan nilai estetik tinggi.
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 02/09/2025 | Updated: 02/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:05:27pm-04:10:27pm, 11 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]