UPMS SAMBUT KEHADIRAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPMS SAMBUT KEHADIRAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027

UPMS SAMBUT KEHADIRAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027

BINTULU, 13 Julai – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menyambut kehadiran pelajar baharu Program Diploma dan Persediaan Diploma Sains Sesi Akademik 2026/2027 dalam suasana penuh meriah sempena hari pendaftaran yang berlangsung di Dewan Sri Kenyalang, UPMS.

Pendaftaran ini menandakan bermulanya perjalanan akademik para pelajar dalam meneroka ilmu, membangunkan potensi diri dan membentuk sahsiah sebagai graduan yang berdaya saing serta berbakti kepada masyarakat. Kehadiran mereka mencerminkan kepercayaan berterusan terhadap UPMS sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited melahirkan modal insan berkualiti.

Sepanjang hari pendaftaran, pelajar dan ibu bapa menerima pelbagai perkhidmatan serta sokongan daripada warga universiti bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar, sekali gus memberikan pengalaman pertama kampus yang mesra dan bermakna.

UPMS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu. Semoga perjalanan akademik yang bermula hari ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan masa depan, selaras dengan aspirasi universiti untuk terus melahirkan graduan berilmu, berintegriti dan berdaya saing di peringkat global.

Legasi Kecemerlangan Ilmu Bermula di Sini.

 

Date of Input: 15/07/2026 | Updated: 15/07/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (05:33:32pm-05:38:32pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]