UPMS–SARAWAK ENERGY PERKUKUH KELESTARIAN ALAM MENERUSI EKSPLORASI DAN PEMBELAJARAN DI HUTAN NIRWANA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » UPMS–SARAWAK ENERGY PERKUKUH KELESTARIAN ALAM MENERUSI EKSPLORASI DAN PEMBELAJARAN DI HUTAN NIRWANA

UPMS–SARAWAK ENERGY PERKUKUH KELESTARIAN ALAM MENERUSI EKSPLORASI DAN PEMBELAJARAN DI HUTAN NIRWANA

BINTULU, 1 Ogos 2026 – Program SEB BinPs TimeOut Jungle Trekking @ Hutan Nirwana, FSPH, UPMS diteruskan menerusi Siri 3 bersama warga Sarawak Energy Berhad (SEB) Power Station Bintulu di Hutan Nirwana, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
 
Program kali ini memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka Hutan Nirwana Trail sejauh 2 dan 3 kilometer, sambil menikmati suasana hutan tropika serta keindahan alam semula jadi yang terdapat di Hutan Nirwana. 
 
Menariknya, aktiviti trekking ini turut diselitkan dengan sesi pengenalan dan pembelajaran mengenai pelbagai spesies pokok yang terdapat di sepanjang laluan, sekali gus memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada para peserta mengenai kepelbagaian flora dan ekosistem hutan.
 
Selain menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi berasaskan alam semula jadi, program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta terhadap kepentingan pemuliharaan hutan, kepelbagaian biodiversiti dan kelestarian alam sekitar. 
 
FSPH UPMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) Power Station Bintulu atas kepercayaan dan sokongan berterusan dalam menjadikan Hutan Nirwana sebagai lokasi aktiviti rekreasi, pembelajaran dan apresiasi alam semula jadi.
 
Semoga program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara UPMS dan komuniti industri, di samping memupuk kesedaran bersama terhadap kepentingan menjaga khazanah alam semula jadi.
 
Terima kasih SEB Power Station Bintulu! Jumpa lagi di Hutan Nirwana!  Orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti di Hutan Nirwana boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster promosi.
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 17/08/2026 | Updated: 17/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:07:20pm-02:12:20pm, 05 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]