YBHG. DATO' SRI JAILANI JOHARI, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SANTUNI PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027 (KEMASUKAN KEDUA) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » YBHG. DATO' SRI JAILANI JOHARI, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SANTUNI PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027 (KEMASUKAN KEDUA) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

YBHG. DATO' SRI JAILANI JOHARI, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SANTUNI PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027 (KEMASUKAN KEDUA) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

BINTULU, 27 Julai 2026 – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu Ambilan Program Diploma dan Persediaan Diploma Sains yang mendaftar bagi Sesi Akademik 2026/2027 (Kemasukan Kedua) dalam suasana penuh ceria dan bermakna di Dewan Sri Kenyalang, UPMS.
 
Majlis pendaftaran ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, yang meluangkan masa menyantuni para pelajar baharu serta ibu bapa. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan Universiti dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan, di samping memberi suntikan semangat kepada warga baharu UPMS yang memulakan langkah pertama dalam dunia pengajian tinggi.
 
UPMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan proses pendaftaran pelajar baharu dan mengucapkan selamat datang kepada seluruh warga baharu Universiti.
 
Semoga perjalanan akademik yang bakal ditempuhi menjadi landasan untuk membina ilmu, mengasah bakat, memperkukuh sahsiah dan melakar kejayaan yang membanggakan.
 
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tn. Mohamad Sabrie Mohamad Salleh, Ahli Lembaga Pengarah Universiti ; Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMS; YM. Dr. Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi, Pengetua Kolej Sri Rajang; serta barisan pengurusan dan staf UPMS yang bersama-sama memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar.
 
"Legasi Kecemerlangan Ilmu Bermula Di Sini."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 01/08/2026 | Updated: 01/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (01:40:25pm-01:45:25pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]