
PENGENALAN
Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), menerusi inisiatif AgriEngage@UPMS, akan menawarkan pelbagai kursus jangka pendek pertanian sepanjang Tahun 2026 bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat setempat dalam bidang pertanian.
Penganjuran kursus ini bertujuan memperkasakan sektor pertanian melalui pemindahan ilmu dan kepakaran secara langsung kepada komuniti, selaras dengan usaha menangani isu sekuriti makanan negara. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen UPMS terhadap Jenama PUTRA – “Pertanian untuk Rakyat” serta moto universiti, “Berilmu Berbakti”.
Orang ramai khususnya masyarakat setempat dan individu yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan dengan bayaran minimum. Kursus ini dikendalikan oleh pegawai akademik dan bukan akademik UPMS yang berpengalaman, sekali gus memastikan ilmu yang disampaikan bersifat praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.
Maklumat lanjut mengenai senarai Kursus Pemindahan Ilmu Pertanian 2026, boleh dirujuk melalui e-Book dengan klik >>> DISINI atau muat turun terus >>> DISINI
Sila hubungi jika ada sebarang pertanyaan:
PPP@UPMS
Pusat Pertanian Putra
Universiti Putra Malaysia Sarawak
Jalan Nyabau, Peti Surat 396,
97008 Bintulu, Sarawak
No. Tel: 086-855667 (Pejabat)
No. Fax: 086-855283 (Faks)
Updated:: 02/02/2026 [lanz]

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia