Bintulu, 20 Oktober 2024 - Pertandingan Bola Tampar sempena Karnival Muzik dan Sukan 2024 (KAMUS 2024) (Edisi Ke-2) telah dilaksanakan dengan jayanya. Pertandingan yang merupakan anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Bintulu Port Holdings Berhad, Konsortium Universiti Universitas Borneo dan Remix Technologies ini telah diadakan di SJK. Sibiew Chinese Bintulu pada 18 – 20 Oktober 2024.
Sebanyak 16 kumpulan lelaki dan 14 kumpulan wanita telah menyertai pertandingan ini termasuk penyertaan kumpulan daripada Jemputan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) iaitu Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), University of Technology Sarawak (UTS) dan Universitas Borneo Tarakan (UBT) Indonesia serta daripada agensi dan kelab luar di sekitar Bintulu, Miri, Sibu, Mukah dan Kuching bagi menyemarakkan lagi pertandingan ini.
Dalam pertandingan tersebut, Roslan Ismail Penyelaras Bola Tampar berkata penganjuran program ini selain menyediakan medan untuk bertanding, ianya membolehkan pelajar dan orang awam yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini dapat mengeratkan silaturrahim dan bertukar idea untuk meningkatkan kualiti sukan bola tampar secara amnya. Secara keseluruhan pasukan yang bertanding memiliki semangat juang tinggi dan persediaan rapi bagi memburu kejayaan di pentas kebangsaan suatu hari nanti kelak. Keperluan bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh dan mempunyai kefahaman yang mendalam akan membawa kepada satu kejayaan, tambahnya lagi.
En. Mohammad Thaqif Tong pula berkata, aktiviti sukan tersebut akan mempamerkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik dan Ia sekali gus dapat menjadi wadah membantu melahirkan atlet yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Keputusan bagi pertandingan berkenaan adalah seperti berikut:
Kategori Lelaki
Johan : : EBUYO VT
Naib Johan : ELITE VT
Tempat Ketiga Bersama : PRVC & UNIMAS FALCON
Kategori Perempuan
Johan : Universitas Borneo Tarakan (UBT)
Naib Johan : UNIMAS FALCON
Tempat Ketiga Bersama : PDRM SIBU & CAFENDI
Juara pertandingan telah menerima trofi, pingat dan wang tunai RM1,500.00, sementara Naib Juara membawa pulang trofi, pingat dan wang tunai RM1,000.00, manakala tempat Ketiga Bersama membawa pulang trofi, pingat dan wang tunai RM600.00.
Majlis Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh En. Mohammad Thaqif Tong, Pengarah Program Karnival Muzik dan Sukan Edisi Ke-2 (KAMUS2024) dan diiringi oleh En. Roslan Ismail, Penyelaras Pertandingan Bola Tampar KAMUS 2024.
Diharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam masyarakat dan Penyediaan platform yang meluas dan sesuai dengan kehendak belia adalah penting bagi memastikan golongan belia bersedia untuk mewarisi tampuk pimpinan negara pada masa akan datang dan acara yang dipertandingkan selaras dengan minat dan kehendak masyarakat umum.
Date of Input: 13/01/2025 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia