13 Oktober, Pertandingan Futsal Piala GCEO Bintulu Port Holdings Berhad sempena Karnival Muzik dan Sukan (KAMUS 2024) Edisi Ke-2, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah dilaksanakan dengan jayanya. Sebanyak 20 pasukan daripada jemputan IPTA serta agensi dan kelab-kelab luar turut menyemarakkan lagi pertandingan ini.
Tetamu jemputan Encik Awang Faizol Bin Awang Sallam, General Manager Marine Service Department mewakili GCEO Bintulu Port Holding Berhad turut hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir serta menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Encik Mohammmad Amaludin Bin Salleh, Penolong Pendaftar UPMKB mewakili Pengarah Kampus UPMKB dan Encik Mohammad Thaqif Tong, pengarah program KAMUS 2024.
Keputusan pertandingan adalah seperti tersebut:
Juara : IKM FT
Naib Juara : UiTM
Ketiga Bersama : CRACKERS dan MYSTIC FT
Juara pertandingan telah menerima trofi, pingat dan wang tunai RM2,000.00, sementara Naib Juara membawa pulang trofi, pingat dan wang tunai RM1,500.00, manakala tempat Ketiga Bersama membawa pulang trofi, pingat dan wang tunai RM800.00.
Penyelaras Pertandingan Futsal, Encik Dexter Elvin anak Menari berkata penganjuran pertandingan pada kali ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Beliau juga memuji aksi persaingan sihat dan persembahan menarik yang ditonjolkan oleh semua pasukan-pasukan yang terlibat.
Date of Input: 13/01/2025 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia