Pada 9 dan 10 Ogos 2025, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sarawak (MPP UPMS) Sesi 2024/2025 telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Kesatuan Mahasiswa 2.0 bertemakan Kesatuan Mahasiswa Perkukuh Organisasi Pelajar di Bilik Kuliah 2 & 3, UPMS.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dalam pengurusan aktiviti dan kewangan Kesatuan Mahasiswa di peringkat universiti. Bengkel ini juga bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dalam pengurusan aktiviti dan kewangan Kesatuan Mahasiswa di peringkat universiti.
Antara pengisian utama bengkel termasuk sesi latihan pengurusan organisai, acara, perancangan kewangan, dan strategi komunikasi efektif. Peserta juga didedahkan kepada simulasi situasi sebenar bagi mengasah kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan konflik dalam organisasi.
Menurut kenyataan rasmi MPP UPMS, bengkel ini diharapkan dapat menjadi platform untuk membina jaringan kerjasama antara pelbagai entiti pelajar serta memperkukuh solidariti dalam kalangan mahasiswa. MPP UPMS juga menekankan kepentingan program seperti ini dalam melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Bengkel ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan MPP UPMS dalam memperkasakan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dan pemimpin masa depan.
Date of Input: 13/08/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia