KID FRUIT DAY TARIK PENYERTAAN 50 PELAJAR SK KAMPUNG BARU BINTULU & SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA MOHAMMAD | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » KID FRUIT DAY TARIK PENYERTAAN 50 PELAJAR SK KAMPUNG BARU BINTULU & SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA MOHAMMAD

KID FRUIT DAY TARIK PENYERTAAN 50 PELAJAR SK KAMPUNG BARU BINTULU & SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA MOHAMMAD

BINTULU, 26 Februari – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) melalui Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) telah menganjurkan program KIDS FRUIT DAY, sebuah inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengambilan buah-buahan serta menggalakkan penanaman buah-buahan secara bersepadu dan lestari.

Seramai 40 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan 10 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad serta guru-guru telah mangambil bahagian dalam program ini. Program yang dianjurkan oleh pelajar Diploma Pertanian Semester 5 UPMKB dibawah inisiatif SULAM (Service Learning Malaysia - University For Society) ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep kepentingan pemakanan sihat melalui pengambilan buah-buahan serta memberi pendedahan tentang teknik asas penanaman buah-buahan secara berkesan dan lestari dengan mengintegrasikan elemen Sains dan Teknologi.

Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya:
Ceramah Pemakanan Buah-Buahan: Kesedaran tentang kepentingan buah-buahan dalam diet sihat.
Ceramah Penanaman Buah: Penerangan tentang teknik pertanian moden dalam penanaman buah-buahan.
Penanaman pokok buah-buahan: Pendedahan kepada kaedah pertanian terkini dalam penanaman Golden Melon.
Treasure Hunt: Cabaran menarik dengan hadiah istimewa
Photobooth: Aktiviti interaktif bagi menceriakan suasana

Menurut Pengarah Program Saudara Lim Li Zhe, program seperti ini perlu diteruskan kerana ia bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengambilan buah-buahan dalam diet harian, tetapi juga memperkenalkan pelbagai jenis buah-buahan nadir dan tempatan yang kaya dengan khasiat serta nilai komersial.

Selain itu, Ts. Dr. Shiamala Devi Ramaiya selaku Penasihat Program, menegaskan bahawa program sebegini menggalakkan pelajar agar lebih menghargai sumber semula jadi negara serta menginspirasikan mereka untuk terlibat dalam bidang pertanian moden, khususnya dalam usaha pemuliharaan dan pengkomersialan buah-buahan tempatan melalui teknik penanaman yang lebih sistematik dan berkesan.

Penganjuran program ini turut mendapat sokongan berterusan daripada pihak sekolah serta tajaan daripada syarikat luar, sekali gus memberi motivasi kepada para peserta dan menjadi platform yang efektif dalam melahirkan generasi muda yang lebih peka terhadap warisan pertanian tempatan serta berdaya saing dalam industri pertanian masa hadapan.

Date of Input: 09/04/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (04:53:19am-04:58:19am, 19 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]