Brunei, 20 Oktober 2024 - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menganjurkan Konvensyen Konsortium Unversiti Universitas Borneo (KUUB) 2024 dan Mesyuarat Lembaga KUUB di negara Brunei Darussalam pada 20 Ogos 2024 bertempat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
KUUB adalah merupakan pakatan universiti yang disertai oleh 16 (enam belas) buah Universiti-universiti yang terpilih di rantau Borneo iaitu Universiti Teknologi Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universitas Borneo Tarakan, Universitas Lambung Mangkurat, Universitas Mulawarman, Universitas Palangka Raya, Universitas Tanjungpura, Curtin University, Malaysia Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, dan University of Technology Sarawak.
Majlis perasmian Konvensyen KUUB 2024 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam. Turut hadir adalah Profesor. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak merangkap Pengerusi Pengasas KUUB dan Datin Paduka Professor Dr. Dayang Hajah Zohrah Haji Sulaiman, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei merangkap Timbalan Pengerusi KUUB dan tuan rumah penganjur Konvensyen KUUB pada kali ini.
Pada majlis perasmian tersebut YBhg. Prof Dr. Shahrul Razid Sarbini turut menyampaikan Ucaptama AgriHub@Gedong: Pertanian Lestari Untuk Keterjaminan Makanan. Acara berakhir dengan lawatan ke Pameran Konvensyen KUUB yang mempamerkan pencapaian akademik, projek penyelidikan, dan pameran kebudayaan dari universiti-universiti yang mengambil bahagian. Turut hadir adalah Tn. Hj. Fakhzan bin Hj. Buang, Ts. Dr. Suhaili Mustafa, Pn. Hjh. Siti Rajanah Abdul Aziz dan Pn. Joyce Morris Kapong selaku Sekretariat Tetap KUUB.
Date of Input: 03/09/2024 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia