KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI KEMANUSIAAN, PENGURUSAN DAN SAINS (FKPS), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS) KE YAYASAN SABAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI KEMANUSIAAN, PENGURUSAN DAN SAINS (FKPS), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS) KE YAYASAN SABAH

KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI KEMANUSIAAN, PENGURUSAN DAN SAINS (FKPS), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS) KE YAYASAN SABAH

24 Julai 2024, Kota Kinabalu - Delegasi Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPMS yang diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr Wong Tze Jin, Dekan FKPS membuat kunjungan hormat kepada Pengurus Kumpulan, Bahagian Tabung Pendidikan Tinggi Sabah (BTPNS), Puan Bahiwata Sayangan Haji Mulia di pejabat beliau di tingkat 27, Bangunan Tun Mustapha, Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Kunjungan ini merupakan langkah awal untuk menjalin hubungan lebih erat dan mengukuhkan kerjasama diantara pihak UPMS dan Yayasan Sabah demi memastikan pendidikan anak-anak Sabah di negeri Sarawak tetap terjamin, yang merupakan tonggak utama Yayasan Sabah untuk menitikberatkan pendidikan anak negeri Sabah.

Kunjungan ini turut dihadiri oleh Dr Shairil Izwan bin Taasim, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pendanaan dan Siswazah) FKPS, Dr Sawanah binti Mumin, Pensyarah Kanan (FKPS) dan juga Pegawai-pegawai kanan BTPNS, iaitu Encik Mohd Shamsul Husry bin Abdul Wahid, Encik Mohd Fazreen bin Musin dan Encik Mohd Ashraf bin Mohd Aizan.


Date of Input: 28/07/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (04:16:02am-04:21:02am, 19 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]