KUNJUNGAN OM MATERIALS (SARAWAK) SDN. BHD. KE UPMKB UNTUK MEMBINCANGKAN KERJASAMA MEMELIHARA ALAM SEKITAR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » KUNJUNGAN OM MATERIALS (SARAWAK) SDN. BHD. KE UPMKB UNTUK MEMBINCANGKAN KERJASAMA MEMELIHARA ALAM SEKITAR

KUNJUNGAN OM MATERIALS (SARAWAK) SDN. BHD. KE UPMKB UNTUK MEMBINCANGKAN KERJASAMA MEMELIHARA ALAM SEKITAR

BINTULU, 19 November 2024 – Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima kunjungan daripada OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd., yang diketuai oleh En. Mohd Ismazi Effendy, Pengurus Alam Sekitar.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar di Sarawak, sejajar dengan sokongan terhadap Pelan Karbon Sifar Bersih Sarawak.

Lawatan ini juga membuka peluang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai perancangan masa depan yang melibatkan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan serta OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd. Perbincangan ini diharap menjadi langkah awal ke arah menjalin kerjasama strategik, terutamanya dalam bidang jaringan industri dan komuniti, pendidikan, serta penyelidikan.

Sesi ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Geoffery James Gerusu, Pn. Haliza Halleya (Timbalan Pengurus – Alam Sekitar), Pn. Gabriella Michael (Pegawai Kanan Alam Sekitar) dan En. Yong Siew Hong (Pegawai Alam Sekitar).

Date of Input: 17/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (07:44:39pm-07:49:39pm, 16 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]