BINTULU – 18 Jun 2025, UPM Kampus Bintulu telah menerima lawatan daripada Jabatan Tanah dan Survei, Bintulu bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Awam (EKSA) bertempat di Perpustakaan UPMKB.
Seramai 20 orang rombongan daripada Jabatan Tanah dan Suvei Bintulu yang diketuai oleh Penguasa, Sr. Pn Haslinda Binti Hamdan, adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di UPMKB disamping perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan EKSA.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Noor Hakim bin Ahmad, Ketua Pentadbiran UPMKB merangkap Pengerusi EKSA UPMKB. Dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih di atas lawatan daripada Jabatan Tanah dan Survei yang diambil kira bukan sekadar lawatan sahaja namun lebih kepada perkongsian dan pertukaran idea berkaitan amalan EKSA. Ujarnya, UPMKB yang merupakan orang baru di dalam amalan EKSA amat berbesar hati menerima lawatan agar lebih banyak penambahbaikan dilakukan di masa akan datang.
Perkongsian amalan EKSA UPMKB seterusnya telah disampaikan oleh Puan Surimah Binti Basri selaku Penyelaras sebelum sesi soal jawab. Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon EKSA yang berada di bangunan perpustakaan dan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains , turut bersama dalam program ini adalah semua Ahli Jawatankuasa Induk EKSA UPMKB.
Semoga dengan lawatan ini, kedua dua pihak sama saling dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan EKSA di bahagian masing-masing.
Date of Input: 09/07/2025 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia