Pada Karnival Muzik dan Sukan 2024 (KAMUS) (Edisi Ke-2), Kelab Bola Sepak Putra Tiger UPMKB sekali lagi menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9-Sebelah Terbuka UPMKB Piala Yang Berhormat Dato Majang Anak Renggi edisi kali Ke-2 2024. Pertandingan ini telah diadakan di Padang Bola Sepak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak pada 19 & 20 Oktober 2024. Sebanyak 11 Pasukan yang telah menyertai pertandingan ini termasuklah agensi dan kelab luar di sekitar Bintulu, Betong dan Kuching bagi menyemarakkan lagi pertandingan ini.
Dalam pertandingan tersebut, Damie Anak Ukar merupakan pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan yang juga merupakan Pengarah Program bagi pertandingan ini berkata, melalui pertandingan ini ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan bertukar idea untuk meningkatkan kualiti sukan bola sepak secara amnya. Tambahnya lagi, dengan adanya semangat berpasukan antara pemain, ia akan membawa satu kejayaan dalam pasukan.
Dalam pertandingan ini, Encik Taddy Ajin, Pegawai Tadbir Khas mewakili Yang Berhormat Dato Majang Anak Renggi selaku Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak telah melakukan sepak mula bagi perlawanan akhir Bola Sepak. Setelah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9-Sebelah Terbuka UPMKB Piala Yang Berhormat Dato Majang Anak Renggi Kali Ke-2 ini, Encik Taddy Ajin sangat berbangga dengan kejayaan pelajar dalam menganjurkan program secara besar-besaran.
Keputusan akhir bagi pertandingan ini adalah Pasukan Project Park telah mendapat gelaran Johan buat kali ke-2 2023 dan 2024 dengan membawa pulang trofi, pingat, sijil dan wang tunai RM2,500. Naib Johan disandang oleh pasukan Ensumbar Fc dengan membawa pulang trofi, pingat, sijil dan wang tunai RM1,500 manakala tempat ketiga bersama telah disandang oleh Pasukan Kenyana OU dan Saraban FC dan membawa pulang trofi, pingat, sijil dan wang tunai RM800.00.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Taddy Ajin, Pegawai Tadbir Khas mewakili Yang Berhormat Dato Majang Anak Renggi dan diiringi Encik Awang Madihi, Timbalan Presiden Bola Sepak Bintulu serta Encik Amaluddin selaku wakil pengurusan UPMKB.
En. Hakbaryzma Drahman selaku penasihat Kelab Bola Sepak Putra Tiger berharap program pertandingan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam masyarakat dan sebagai platform yang terbaik bagi mencungkil bakal belia yang berpotensi untuk dapat diketengahkan mewakli pasukan negeri satu masa nanti dan acara yang dipertandingkan selaras dengan minat dan kehendak masyarakat umum.
Date of Input: 13/01/2025 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia