PREMIER HADIRI MAJLIS PENJENAMAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU (UPMKB) KEPADA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » PREMIER HADIRI MAJLIS PENJENAMAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU (UPMKB) KEPADA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS)

PREMIER HADIRI MAJLIS PENJENAMAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU (UPMKB) KEPADA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS)

SELANGOR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyaksikan Majlis Penjenamaan Kampus Universiti Putra Malaysia (UPMKB) yang terletak di Bintulu, Sarawak secara rasmi dijenamakan sebagai Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).

Penjenamaan semula UPMS telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang juga Canselor UPM disertai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dalam majlis penuh isitiadat yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada Isnin.

Penjenamaan semula ini merupakan langkah strategik ke arah memperkukuhkan peranan universiti sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan komuniti di Malaysia Timur dan rantau Borneo.

Ketika menyampaikan sembah ucapan penghargaan memaklumkan penjenamaan semula UPMS amat bermakna bukan saja pada negeri, tetapi kepada seluruh warga UPM kerana kampus itu berdiri teguh di bumi Kenyalang sejak tahun 1974.

Pemerkasaan UPMS amat selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030), khususnya dalam sektor pertanian, perhutanan, dan tenaga boleh diperbaharui.

Beliau menambah lagi bahawa inisiatif yang membanggakan ialah pelaksanaan projek AgriHub@Gedong, hasil kerjasama strategik antara Pejabat Premier Sarawak dan UPMS. Projek ini bertujuan menerajui transformasi kegiatan penanaman padi di Lubok Punggor, Gedong, dan merupakan titik permulaan penting dalam usaha membangunkan Sarawak sebagai hab pengeluaran padi berimpak tinggi di peringkat nasional katanya.

Beliau berkata Kerajaan Sarawak berbesar hati dengan kerjasama untuk menubuhkan Sekolah Veterinar dan Sains Haiwan (SVAS) bersama UPM Sarawak dalam menyokong aspirasi Keterjaminan Makanan.

Penubuhan SVAS ini adalah model pertama seumpamanya yang melibatkan kerjasama kerajaan Sarawak dan universiti awam dalam melahirkan pakar veterinar; dan untuk itu kerajaan Sarawak akan menyalurkan dana berpanjangan bagi memastikan kemampanan SVAS.

Antara tetamu kenamaan yang turut hadir termasuk YAB Dato Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor dan isteri, YABhg. Datin Seri Masdiana Muhamad; YB Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia; YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YB Datuk Amar Haji Abu Bakar bin Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak; YB Dato Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Selangor serta Yang Berbahagia Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Date of Input: 09/07/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (06:28:45pm-06:33:45pm, 16 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]