PROGRAM PUTRA DRUG-FREE RUN GALAK GAYA HIDUP SIHAT & BEBAS DADAH DI UPM KAMPUS BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » PROGRAM PUTRA DRUG-FREE RUN GALAK GAYA HIDUP SIHAT & BEBAS DADAH DI UPM KAMPUS BINTULU

PROGRAM PUTRA DRUG-FREE RUN GALAK GAYA HIDUP SIHAT & BEBAS DADAH DI UPM KAMPUS BINTULU

Sebagai inisiatif memperkasa kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus dan masyarakat setempat, Program Putra Drug-Free Run 2025 telah berjaya dianjurkan pada 19 April 2025.

Program ini merupakan hasil usaha Kelab PEMADAM Mahasiswa UPM Kampus Bintulu (UPMKB) bagi sesi akademik 2024/2025. Di bawah bimbingan Penasihat Kelab, Puan Rosidah binti Basir, penganjuran program ini berjalan dengan lancar. Pengarah Program, Saudara Muhammad Norasfar Shah bin Norfar, turut menunjukkan kepimpinan cemerlang bersama barisan jawatankuasa yang komited dan berdedikasi dalam melaksanakan setiap tugasan dengan penuh tanggungjawab.

Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 400 peserta yang terdiri daripada pelajar, staf universiti, wakil agensi kerajaan serta komuniti sekitar Bintulu. Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Frankey Anak Sibat, Ketua Pemuda PBB Cawangan N.67 Jepak. Penganjuran program ini juga merupakan hasil kerjasama strategik antara UPMKB, PEMADAM Daerah Bintulu, GoBeyond Bintulu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Bintulu serta Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) Menangani Isu Dadah & Substance.

Kolaborasi mantap ini memperkukuh usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah dari peringkat akar umbi. Turut memberi sokongan padu ialah PEMADAM Negeri Sarawak melalui PEMADAM Daerah Bintulu, YB Tuan Iskandar Turkee (Ahli Dewan Undangan Negeri N.67 Jepak) serta pihak Farley Bintulu yang menyumbang dana sebagai simbol solidariti dan komitmen dalam mewujudkan masyarakat bebas dadah.

Antara pengisian menarik sepanjang program termasuk senamrobik, larian santai, pameran kesedaran oleh AADK, pemeriksaan kesihatan percuma oleh PMG Pharmacy, sesi interaktif bersama pegawai kesihatan serta lebih 50 cabutan bertuah untuk peserta. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menyampaikan mesej pencegahan dadah secara efektif, malah berjaya menarik penyertaan meluas dari pelbagai lapisan masyarakat.

Secara keseluruhan, Putra Drug-Free Run 2025 bukan sahaja memberi impak positif dalam membentuk kesedaran awam, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dan komuniti demi merealisasikan matlamat pembentukan generasi bebas dadah seiring aspirasi Malaysia Madani.

Date of Input: 08/05/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (04:42:18am-04:47:18am, 19 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]