SESI RUNDING CARA DAN TAKLIMAT PENUBUHAN FAKULTI VETERINAR DAN SAINS HAIWAN, UPM DI SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » SESI RUNDING CARA DAN TAKLIMAT PENUBUHAN FAKULTI VETERINAR DAN SAINS HAIWAN, UPM DI SARAWAK

SESI RUNDING CARA DAN TAKLIMAT PENUBUHAN FAKULTI VETERINAR DAN SAINS HAIWAN, UPM DI SARAWAK

Bintulu - 23 Julai 2024, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mengadakan Sesi Runding Cara & Taklimat Penubuhan Fakulti Veterinar dan Sains Haiwan (FVSH) UPM di New World Suites Bintulu hari ini.

Beberapa siri perbincangan telah diadakan di antara pihak UPM dan Kerajaan Sarawak dan seterusnya satu kertas kerja cadangan penubuhan Fakulti Veterinar dan Sains Haiwan telah dirangka dan dimurnikan bersama pihak Kementerian Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) serta Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) untuk mencapai matlamat ini.

Penubuhan fakulti ini turut merupakan hasil usaha sama dengan Jabatan Veterinar Sarawak. Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor ketika Majlis Konvokesyen UPM Ke-46 (Sidang 1) pada 1 November 2022 telah berkenan untuk menubuhkan Fakulti Veterinar di UPMKB bagi mengukuhkan lagi peranan UPM bersama kampus kembarnya di Bintulu, Sarawak.

Penubuhan FVSH ini dirangka untuk menawarkan program akademik Doktor Perubatan Veterinar (DVM) dan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (DKHP) dengan unjuran pengambilan pelajar tahunan berjumlah 50 orang untuk DVM manakala 70 orang untuk DKHP.

Sesi runding cara dan taklimat penubuhan FVSH UPM telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD); Yang Berhormat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD); Yang Berhormat Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri II (Pembangunan Bakat) MEITD; Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM; Yang Berusaha Tuan Sirai Daha, Setiausaha Tetap M-FICORD; Yang Berusaha Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Setiausaha Tetap MEITD; Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Kampus Bintulu Sarawak; dan Yang Berbahagia Datu Dr. Adrian Susan Ambud, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

Date of Input: 26/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (07:30:35pm-07:35:35pm, 16 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]