SESI TOWNHALL KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB) BERSAMA PENGERUSI PENGASAS KUUB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » SESI TOWNHALL KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB) BERSAMA PENGERUSI PENGASAS KUUB

SESI TOWNHALL KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB) BERSAMA PENGERUSI PENGASAS KUUB


Bintulu, 24 Mei 2024 - Sesi Townhall Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) bersama Pengerusi Pengasas KUUB, YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini bersama Pegawai Akademik dan Pegawai Pengurusan dan Profesional UPMKB.

Pada sesi tersebut, YBhg. Prof. Shahrul Razid juga memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi KUUB dan memberikan penerangan mengenai visi, misi, dan perancangan strategik KUUB untuk jangka masa panjang. Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai pencapaian terkini KUUB, dan usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Borneo.

UPMKB merupakan sekretariat tetap KUUB dengan barisan sekretariat seperti berikut: Tn. Hj. Fakhzan Hj. Buang (Ketua Sekretariat), Ts. Dr. Suhaili Bin Mustafa (Kluster Inovasi), Pn. Hjh. Siti Rajanah Abdul Aziz (Kluster Hubungan Antarabangsa), Pn. Joyce Morris Kapong (Kluster Komuniti), En. Mohamad Syukri Bin Mohamad Adnan (Kluster Pembangunan Bakat) dan En. Noor Hakim Ahmad (Kluster Akademik).

Sesi ini bertujuan bagi memaklumkan kepada semua staf bahawa UPMKB telah meneruskan agenda pemerkasaannya dengan mengambil inisiatif untuk menubuhkan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) yang melibatkan 16 universiti awam dan milik kerajaan di tiga (3 ) buah negara di Borneo iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia yang diterajui oleh UPMKB selaku Sekterariat Tetap.

YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid berkata, Inisiatif penubuhan KUUB adalah untuk meningkatkan komitmen dan perkongsian strategik antara universiti awam dan milik kerajaan di Borneo bagi menyokong kecemerlangan, keupayaan dan pengantarabangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta mobiliti pelajar dan staf, dan juga kebolehpasaran graduan.

Matlamat dan perancangan ini turut disokong oleh pihak Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, dengan hasrat menerusi penubuhan konsortium ini akan dapat menzahirkan satu landasan pendidikan tinggi pada peringkat antarabangsa di rantau Borneo. Gabungan universiti-universiti Borneo dilihat sebagai salah satu usaha rangkaian kerjasama yang dapat memantapkan taraf pendidikan di kepulauan Borneo sekaligus menjadikan ketiga-tiga negara ini sebagai antara destinasi pengajian tinggi terulung di rantau Asia katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Di akhir sesi Townhall tersebut, YBhg. Prof. Shahrul Razid Sarbini turut mempelawa warga UPMKB yang berminat untuk menjadi ahli KUUB. Sehingga kini, KUUB telah disertai oleh sebanyak 16 buah universiti awam dan milik kerajaan di Borneo: Brunei, Indonesia dan Malaysia, seperti berikut:

Brunei
1. Universiti Brunei Darussalam
2. Universiti Islam Sultan Sharif Ali
3. Universiti Teknologi Brunei

Indonesia (Kalimantan)
4. Universitas Borneo Tarakan
5. Universitas Lambung Mengkurat
6. Universitas Mulawarman
7. Universitas Palangka Raya
8. Universitas Tanjungpura

Malaysia (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)
9. Curtin University, Malaysia
10. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
11. Universiti Malaysia Sabah
12. Universiti Malaysia Sarawak
13. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
14. Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
15. Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak
16. University of Technology

Dengan semangat dan aspirasi KUUB iaitu "Borneo Bermartabat”, mencerminkan tekad untuk meningkatkan martabat dan reputasi wilayah Borneo melalui pendidikan tinggi yang berkualiti. Semoga usaha ini membuahkan hasil untuk mencipta landskap pendidikan tinggi yang dapat memacu pembangunan yang berkekalan bagi wilayah Borneo.

Turut hadir Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Perhubungan Alumni UPM, Tn. Hj Fakhzan Hj Buang, Ts. Dr. Suhaili Mustafa, Pn. Hjh. Siti Rajanah Abdul Aziz, Pn. Joyce Morris Kapong, En. Noor Hakim Ahmad, En. Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Sekretariat tetap Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB).

Date of Input: 11/06/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (04:11:26am-04:16:26am, 19 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]