Bintulu, 24 Mei 2024 - Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB telah menganjurkan Tea Talk Series 2 2024: Visualizing Science by Communicating Complex Findings Through Text and Figures. Program tersebut telah menerima penyertaan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Bacelor di Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, menandakan semangat yang tinggi dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan pemahaman di dalam penyelidikan.
Siri Tea Talk yang diadakan selama dua jam ini disampaikan oleh Professor Dr. Lee Shiou Yih daripada INTI International University dan Pensyarah Kanan UPMKB, Ts. Dr. Shiamala Devi Ramaiya sebagai moderator.
Melalui sesi ini, Professor Dr. Lee Shiou Yih telah berkongsi cara beliau menginterpretasi dapatan kajian beliau dengan menekankan penggunaan jadual dan gambar rajah dalam penulisan penyelidikan.
Beliau juga menekankan kepentingan menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain di masa yang akan datang.
Siri Tea Talk Series 2 2024: Visualizing Science by Communicating Complex Findings Through Text and Figures ini diakhiri dengan beberapa nasihat dan kata-kata semangat daripada Professor Dr. Lee Shiou Yih kepada pelajar Bacelor yang sedang menyiapkan projek tahun akhir mereka.
Dengan memberikan beberapa contoh dan tips yang berguna, pelajar bukan hanya mendapat manfaat dalam pemahaman konsep-konsep sains yang kompleks, tetapi juga meningkatkan kemahiran komunikasi ilmiah mereka.
Date of Input: 11/06/2024 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia