Bintulu, 5 Nov - Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu baru-baru ini telah menganjurkan Karnival Muzik dan Sukan (KAMUS) Edisi Kedua dengan jayanya, di mana Pertandingan Karaoke Bintang Kecil yang dinanti-nantikan menarik penyertaan ramai kanak-kanak berbakat. Acara ini menyediakan platform untuk kanak-kanak menampilkan bakat nyanyian mereka sambil mempamerkan semangat dan kreativiti yang tinggi.
Pertandingan yang berlangsung pada 2 November di Tapak Pesta Konvokesyen UPM Kampus Bintulu ini menyaksikan ramai penyanyi muda yang berbakat bertanding dengan penuh semangat. Selepas pertandingan yang sengit, juri telah memilih pemenang bagi tempat Juara, Naib Juara, Tempat Ketiga serta Anugerah Khas Juri. Berikut ialah senarai pemenang:
🏆 Juara: Kelvin Epoy, dengan lagu Rahsia Pohon Cemara
🥈 Naib Juara: Joyce Lenora Yii Chenling, dengan lagu 梨花又开放
🥉 Tempat Ketiga: Julius Anak Bawang, dengan lagu Bintang
Panel juri terdiri daripada pensyarah kanan UPM Kampus Bintulu dan pakar dalam industri muzik yang memberikan penilaian secara profesional dan adil. Ahli panel juri termasuk:
1. Dr. Faizul Nizar Anuar
2. Encik Merazan Machang
3. Encik Jefry Ismail
UPM Kampus Bintulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan rakan kerjasama yang telah memberi sokongan dalam menjayakan acara ini. Pertandingan Karaoke Bintang Kecil ini bukan sahaja menjadi platform untuk kanak-kanak menonjolkan bakat mereka, tetapi turut menggalakkan semangat persahabatan serta minat terhadap muzik dalam kalangan kanak-kanak, seterusnya membina keyakinan diri mereka.
Tenaga dan bakat peserta-peserta telah memukau penonton yang hadir. UPM komited untuk terus menyokong penganjuran aktiviti seperti ini yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempamerkan kebolehan mereka, dan berharap lebih ramai lagi bakat muda yang berpotensi akan menyertai acara-acara sebegini pada masa akan datang untuk mencipta kenangan yang indah bersama.
Date of Input: 17/01/2025 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia