Universiti Putra Malaysia (UPM) kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) selepas pengisytiharan oleh Tuanku Canselor UPM, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Alam Shah, hari ini.
Penjenamaan ini memperkukuh visi UPM sebagai peneraju pertanian, keterjaminan makanan dan pembangunan lestari di Malaysia Timur, seterusnya memacu Sarawak sebagai hab penyelidikan dan pendidikan pertanian berimpak tinggi di rantau Borneo.
Naib Canselor UPM, Dato Prof Ir. Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata penjenamaan semula ini menandakan komitmen berterusan UPM dalam menyokong agenda pembangunan negara dan meningkatkan keterlibatan dengan komuniti di Malaysia Timur selaras dengan matlamat institusi sebagai universiti bereputasi global.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, YAB Dato Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Provos UPMS, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini.
Date of Input: 09/07/2025 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia