Petikan ucapan YBhg. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sempena ucapan sambutan Hari Gawai hari ini dan menyebut peranan UPMKB bagi Keterjaminan Makanan.
Dalam hal ini, Datuk Patinggi Abang Zohari telah meminta pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) untuk melakukan penyelidikan di beberapa lokasi di Gedong dan Lubuk Punggur, Simunjan bagi mempertingkatkan hasil pengeluaran beras dengan benih hibrid yang berkualiti tinggi.
“Kajian tersebut yang menggunakan kaedah baharu telah menunjukkan bahawa 1 hektar padi mampu mengeluarkan 8 tan padi dalam satu musim berbanding kaedah lama yang hanya boleh mengeluarkan 1 tan sahaja jelasnya dalam perutusan beliau sempena sambutan Hari Gawai 2024 pada Jumaat.
“Di samping itu, dengan kaedah baru ini, petani mampu menanam sebanyak lima musim dalam tempoh 24 bulan. Kajian juga sedang dibuat untuk mengeluarkan benih hibrid yang mencukupi untuk kegunaan di seluruh Sarawak,” ujarnya lagi.
Baca selanjutnya>>> https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/2388/UKAS
Date of Input: 07/06/2024 | Updated: 07/06/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia