PROGRAM CREATURE OF THE SEA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » PROGRAM CREATURE OF THE SEA

PROGRAM CREATURE OF THE SEA

BINTULU, 13 MAC 2025- Program Creature of The Sea yang dianjurkan oleh pelajar kursus CES2241 Pengembangan Pertanian yang merupakan subjek SULAM, Semester Kelima Sesi Akademik 2024/2025, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama pelajar-pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara Bintulu (MRSM Bintulu) telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mac 2025.

Program ini disertai oleh 222 orang pelajar dari MRSM Bintulu berserta 24 orang pelajar dari UPMKB dan diadakan bertujuan untuk memindahkan ilmu pengetahuan tentang perikanan, teknologi hijau, dan keselamatan makanan. Program ini merupakan inisiatif untuk mengisi kelompongan pengetahuan dan merangsang minat pelajar dalam sektor perikanan sebagai sebahagian daripada usaha menjayakan dan meningkatkan kursus program perikanan di UPMKB.

Menurut Puan Siti Mardhiah Binti Abd Manab iaitu guru kanan biologi MRSM Bintulu berkata, program ini berjaya menarik minat para pelajar untuk menceburi bidang perikanan di UPMKB. Selain itu, program ini juga mendedahkan para pelajar berkaitan skop pekerjaan yang dapat ditelusuri melalui Diploma Perikanan dan memperluaskan ilmu pengetahuan tentang spesies ikan yang dilarang di Malaysia.

Seiring program ini, para pelajar MRSM Bintulu bukan sahaja mendapat pengetahuan dalam perikanan dan alam sekitar, malah berjaya menyahut seruan kerajaan untuk matlamat pembangunan mampan (SDG) di Malaysia berlandaskan SDG 2, 14, dan 17.

Pengarah program Creature of The Sea, Saudari Rosmaliyana Binti Rosman berkata, program tersebut telah berhasil mencapai objektif untuk berkongsi pengetahuan tentang ilmu perikanan dalam sektor alam sekitar, ekologi dan biodiversiti sekaligus memupuk semangat kerjasama antara para pelajar MRSM dan UPMKB dalam menjayakan program ini.

Tambahan lagi, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung termasuk aktiviti shoosh shoosh fish, fish at work, sesi soal jawab dan teka silang kata diikuti dengan pemberian hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan yang diberikan.

Menerusi program seperti ini, UPMKB terus komited dalam menerajui kepentingan bidang dan industri perikanan justeru memastikan keterjaminan makanan serta sektor perikanan dapat diperluaskan dan ditingkatkan selaras dengan pembangunan negara.


Date of Input: 26/03/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:14:10:53~noCache