UTAMA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Anda lepasan sekolah dan mencari tempat belajar yang baik serta kondusif? Atau anda telah mempunyai pekerjaan namun ingin menambah pengetahuan dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi?.

Universiti Putra Malaysia Sarawak menawarkan pelbagai program pengajian pada peringkat PhD, Master, Bacelor, Diploma dan Pra Diploma. Program akademik yang ditawarkan sangat relevan dengan keperluan industri, dimana graduan kami telah mencapai peratusan kebolehpasaran yang tinggi. Semua program pengajian menyokong 5 tujahan akademik dan penyelidikan kami, iaitu dalam bidang Pertanian, Perhutanan, Tenaga Diperbaharui, Kimia Industri, dan Ekonomi Sosial.


UPMS kini menawarkan lima (4) program Bacelor, sembilan (9) program Diploma, dan dua (1) program Pra Diploma dan program-program lain akan ditawarkan pada tahun berikutnya.

Bagi pengajian Siswazah pula, UPM Kampus Sarawak mempunyai Enam (6) program pengajian master secara kerja kursus manakala untuk pengajian master dan PhD secara kajian, UPMS mempunyai 45 bidang penyelidikan untuk diterokai. UPM  Sarawak merupakan satu-satunya kampus bertaraf universiti penyelidikan di Malaysia timur dengan 85% pensyarahnya mempunyai kelulusan PhD dalam pelbagai bidang.

Tahniah kerana menjadi pelajar UPM Sarawak. Sepanjang pengajian anda di kampus ini, anda akan berpeluang belajar kursus yang anda minati dalam suasana yang sangat kondusif dan damai. Pihak universiti amat komited untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan teknologi terkini dan keselamatan semua pelajar yang berada di kampus ini menjadi keutamaan kami.

Selain daripada belajar, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik turut dijalankan agar pelajar dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah. UPMS dilengkapkan dengan kemudahan seperti Kolej Sri Rajang, Perpustakaan, Klinik serta Kemudahan Sukan dan Rekreasi untuk memastikan pelajar UPMS kekal aktif dan mempunyai minda yang cerdas.

Peluang belajar di Bintulu Sarawak di pulau Borneo yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya adalah pengalaman berharga yang anda tidak akan dapat lupakan. Borneo mempunyai kawasan yang luas untuk diterokai semasa cuti semester. Antara lokasi popular yang boleh dilawati oleh pelajar ialah Gua Niah, Gunung Santubong, Gua Mulu dan Gunung Kinabalu selain melawati bandar-bandar seperti Miri, Sibu, Kuching, Kota Kinabalu dan negara jiran Brunei Darussalam.

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.

Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.

UPMKB adalah kampus cawangan UPM dengan sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Fakulti ini terdiri daripada lima buah jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini menawarkan program Diploma, Bacelor, Master dengan tesis dan PhD.

Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.

Buat masa kini, para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini DAFTAR ALUMNI.

artikel
PENERBITAN PROSPECTUS UPM 2024-2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) telah menerbitkan Prospectus UPM 2024-2025.
PENERBITAN PROSPECTUS UPM 2024-2025
e-BOOK KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2024
e-BOOK KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2024
A New Species Of Orchid From Sarawak - Bulbophyllum Abangjoeii
A New Species Of Orchid From Sarawak - Bulbophyllum Abangjoeii
Artikel-artikel lain...
berita
LEGASI KECEMERLANGAN ILMU BERMULA DI SINI: UPMS SAMBUT WARGA BAHARU PEMANGKIN TRANSFORMASI KOMUNITI DAN KAMPUS
LEGASI KECEMERLANGAN ILMU BERMULA DI SINI: UPMS SAMBUT WARGA BAHARU PEMANGKIN TRANSFORMASI KOMUNITI DAN KAMPUS
BINTULU, 5 Oktober 2025 – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) terus mengukuhkan peranannya sebagai institusi ilmu yang memacu pembangunan komuniti apabila ribuan pelajar baharu melapor diri untuk memulakan pengajian bagi Program Bacelor Semester Pertama Sesi Akademik 2025/2026.
pengumuman

Untuk maklumat lanjut, sila klik >>> DISINI

Pelajar boleh membuat penilaian Teaching Assesment melalui portal Putra Learning Hub https://oscar.upm.edu.my/ta/index.php yang boleh diakses dengan menggunakan UPM-ID masing-masing.
 
Tarikh Penilaian :
Tarkh Mula : 06 Oktober 2025
Tarikh Akhir : 10 November 2025

 

✨🌟 KOLEKSI KENANGAN DAN LEGASI BERSAMA UPM SARAWAK🌟✨
 
Sempena Pengisytiharan Bersejarah UPM Sarawak 🎉 dan sambutan Ulang Tahun ke-50 🎂, kami membawakan kepada anda koleksi eksklusif GOLD BAR UPMS 2025 edisi terhad!'
 
💎 Koleksi Eksklusif UPM Sarawak 💎
Rekabentuk kad menampilkan:
🌸 Bunga Kencana – Sejenis herba perubatan yang dijadikan tanaman hiasan di kawasan Kolej Sri Rajang
🦌 Rusa – Salah satu hidupan liar dan ternakan di UPM Sarawak.
➡️ Rekabentuk istimewa kad turut memaparkan motif songket
Sarawak bersama logo baharu UPM Sarawak
 
✨ Mengapa Anda Harus Memiliki GOLD BAR UPMS?
✔️ Nilai Pelaburan – Emas 999.9 sentiasa berharga & bernilai tinggi.
✔️ Reka Bentuk Eksklusif – Inspirasi alam & warisan UPM Sarawak.
✔️ Simbolik Perisytiharan UPMS – Sejarah diabadikan dalam koleksi yang unik.
 
📌 Cara Mendapatkan Koleksi Ini:
📞 Hubungi kami: 086-855249 / 5276 / 5479
👩‍💼 Pn. Sharinah / Pn. Kartini / Pn. Rokaiyah
 
🎁 Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi emas terhad ini! Sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk diri sendiri 💝 atau penghargaan buat insan tersayang.
 
🌟✨ Kerana emas sentiasa bernila dan legasi ini untuk selamanya ✨🌟
 
 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen UPM Ke-49, Sidang 1 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 1 – 2 November 2025
Tempat: Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Sarawak

Majlis konvokesyen ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui, Pro-Canselor UPM.

Majlis gilang-gemilang ini menjadi platform penghargaan kepada para graduan UPM Sarawak atas kejayaan akademik yang telah dicapai, di samping menzahirkan semangat universiti dalam mengangkat aspirasi “Berilmu Berbakti”.

Maklumat lanjut berhubung atur cara majlis akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi UPM Sarawak >>> https://sarawak.upm.edu.my/akademik/majlis_konvokesyen_upm_ke_49_sidang_1_upm_sarawak-14883 serta saluran media sosial UPM Sarawak.

🌨️ Ever dreamed of experiencing winter in China?
 
Here’s your chance to live it! ❄️
 
Join our Winter School Program in Zhangjiakou & Beijing, this 7–17 January 2026 — a unique mix of culture, learning, and adventure!
 
✨ What’s included:
🏂 Ski in the Olympic city
🏭 Visit EV factories
🌏 Meet new friends from across the globe
🍜 All meals & accommodation included
🎿 Winter gear provided
🎟️ Early bird deals available until 1 Oct 2025!
📍 Open to everyone – students, staff, families & friends
 
📖 Curious how it went last time in Zhejiang, China?
 
Let’s make this winter unforgettable together. 🌏✨
 
Limited spots available — don’t wait!

 

 
🌟 TAHNIAH ATAS PENJENAMAAN SEMULA! 🌟
 
Bermula 30 Jun 2025, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) secara rasminya dikenali sebagai:
🎓 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS)
 
Penjenamaan semula ini merupakan langkah strategik ke arah memperkukuhkan peranan universiti sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan komuniti di Malaysia Timur dan rantau Borneo.
 
Dengan identiti baharu ini, UPMS terus komited untuk melahirkan graduan berilmu, berdaya saing dan berbakti kepada masyarakat, selaras dengan slogan "Berilmu Berbakti."
 
💫 Seluruh warga kampus mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat.
 
📣 UPMS MANSANG!

 

Pusat Pertanian Putra UPM Sarawak akan meneruskan usaha penganjuran Kursus Pemindahan Teknologi Pertanian sepanjang Tahun 2025 agar dapat dikembangkan kepada komuniti setempat khasnya dan masyarakat umum amnya selaras dengan keperluan peningkatan ilmu untuk memperkasakan bidang pertanian sebagai salah satu inisiatif dalam menghadapi isu krisis sekuriti makanan negara.

Inisiatif ini adalah selari dengan Jenama PUTRA – “Pertanian untuk Rakyat” dan moto UPM “Berilmu Berbakti”.

Diharapkan masyarakat setempat khasnya dan individu yang berminat amnya tidak ketinggalan untuk mengikuti kursus pertanian anjuran PPP UPM Sarawak yang akan menyusul selepas ini seperti terdapat di dalam ebook yang boleh dilayari di laman web: https://btu.upm.edu.my/ dengan bayaran yang minimum supaya bidang kepakaran yang dimiliki oleh pegawai akademik dan pegawai bukan akademik UPMKB dapat diserlahkan dan dimanfaatkan sewajarnya.

Semoga penganjuran kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua!

Muat Turun e-Book Kursus Pemindahan Teknologi Pertanian Tahun 2025 >>> Klik DISINI

Sila hubungi jika ada sebarang pertanyaan:

PPP@UPMS 
Pusat Pertanian Putra
Universiti Putra Malaysia Sarawak
Jalan Nyabau, Peti Surat 396,
97008 Bintulu, Sarawak
No. Tel: 086-855667 (Pejabat)
No. Fax: 086-855283 (Faks)

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan sukacitanya mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berintegriti tinggi serta bersemangat untuk menyumbang dalam bidang akademik dan penyelidikan bagi mengisi kekosongan jawatan Pensyarah.
 
Peluang ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk memperkasa UPM sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa, khususnya dalam bidang pertanian dan perhutanan.
 
Bidang kepakaran/pengajaran yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Perubatan Veterinar
2. Produksi Haiwan
3. Pembiakbakaan Tanaman
4. Rekreasi Hutan
Kami mengalu-alukan permohonan daripada calon yang bermotivasi tinggi, berwibawa, dan bersedia menyumbang ke arah kecemerlangan universiti.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
 
Tarikh tutup permohonan: Terbuka sepanjang tahun 2025
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai seranta kami:
 
Encik Dexter Elvin anak Menari
Pegawai Tadbir Kanan, FSPH UPMKB
📞 086-855209
📧 dexter@upm.edu.my
 
Encik Mohd Amaludin Bin Salleh
Pegawai Tadbir Kanan
📞 086-855289
📧 m.amaludin@upm.edu.my

 


🌟
5 Strategi Utama UPM 2025 🌟
 
UPM memperkenalkan 5 strategi utama bagi memastikan kecemerlangan dan kelestarian universiti menjelang 2025:
 
1️⃣ Impak Masa Hadapan melalui Rangka Kerja Strategik True North UPM.
2️⃣ Bakat Berimpak, Berkeupayaan Tinggi & Berisiko Rendah untuk Peningkatan Produktiviti.
3️⃣ Pendekatan Agresif Melalui Kelestarian Kewangan bagi Hasil Lebih Baik.
4️⃣ Pelaksanaan Program Khusus yang berimpak tinggi.
5️⃣ Mempertingkatkan Kedudukan dan Reputasi UPM.
 

TARIKH TUTUP

13 Oct 2025

SH17/2025(KSR)

PENYEWAAN RUANG UNTUK PERKHIDMATAN MESIN LAYAN DIRI (SNACKS AND DRINK VENDING MACHINE) DI DEWAN MAKAN SATU (KK1) DAN DEWAN MAKAN DUA (KK2), KOLEJ SRI RAJANG, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
;
LIVE RTM TV1,12 Sept 2025 - Borneo Youth Leaders Summit Terjemah Suara Belia Borneo
;
LIVE RTM, 11 Sept 2025 : Deklarasi Belia Borneo – Fokus Pembangunan Belia Serantau
;
LIVE RTM, 9 Sept 2025 - KUUB2025 Perkukuh Kerjasama Pembangunan Belia, Akademik & Kerjasama Industri
;
LIVE TVS, 8 Sept 2025 - Kuching tuan rumah Kongres Ternakan Veterinar Sedunia 2025
ikuti kami
fb.png
insta.png
youtube.png
W, (04:06:10am-04:11:10am, 12 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]