MASTER PENTADBIRAN PERNIAGAAN (MBA@UPM KAMPUS SARAWAK), (WEEKDAYS / WEEKEND)
Latar Belakang
Di dalam persekitaran global hari ini yang tidak menentu, tidak pasti, kompleks dan samar-samar, pengurus perniagaan perlu bertindakbalas dengan cepat dan fleksibel bagi menangani cabaran yang kian meningkat. Program MBA di UPM mensasarkan kepada golongan pemimpin dan pengurus profesional untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti kemahiran di dalam pentadbiran perniagaan dan organisasi. Program MBA kami dibentuk khas untuk membina asas yang kukuh untuk kemahiran pengurusan perniagaan, maka ia amat sesuai bagi pelajar yang berlatarbelakangkan pendidikan pentadbiran perniagaan mahupun yang tidak. Projek penyelidikan berkonsepkan kajian kes kami akan memberi peluang pelajar untuk mendalami selok-belok perniagaan di dalam industri yang dipilih. Ini akan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk berfikir dan membuat keputusan secara strategik.
Struktur Kurikulum
Pelajar dikehendaki melengkapkan 42 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras dan disertasi master (18 jam kredit), kursus pengkhususan (18 jam kredit) dan kursus elektif (6 jam kredit). Maklumat lanjut mengenai senarai kursus, KLIK SINI
Syarat kemasukan
Syarat Bahasa Inggeris
Untuk calon antarabangsa sahaja:
Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun.
Pengambilan
Julai (Trimester Pertama)
November (Trimester Kedua)
Mac (Trimester Ketiga)
Kerjaya
Pemimpin perniagaan, Pemasar, Pengurus Kanan, Perunding, Pengarah, Pembangunan Perniagaan, Usahawan, Pemodal Usaha Rentan, Pemimpin Kanan Kerajaan, berperanan sebagai Eksekutif dalam Pemasaran, Operasi, Kewangan, Penjualan dan Komunikasi.
Pengiktirafan Program
Akreditasi AACSB, EQUIS
Brosur
Untuk melihat brosur program, KLIK SINI
Yuran dan Bantuan Kewangan
Calon Tempatan:
Satu tahun : RM 28,700
Dua tahun : RM 34,050
Calon Antarabangsa:
Satu tahun : RM 39,200
Dua tahun : RM 46,650
Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK SINI
Waktu Kelas
Weekdays (Monday – Friday) from 6.30 PM - 9.30 PM /
Weekend (Saturday - Sunday) from 9.00 AM - 5.00 PM
Penyelaras Program di Kampus Bintulu:
Dr. Aryaty Binti Alwie
No. Pejabat : +6086-855 613 / 212 / 324
Emel: aryaty@upm.edu.my
Untuk MEMOHON, sila KLIK SINI
Kemaskini:: 30/06/2025 [lanz]
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia