Pusat Pertanian Putra (PPP) dan Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah mengadakan lawatan tapak dan perbincangan di Kelulit, Sibuti, baru-baru ini.
Program Memperkasakan Sosio-Ekonomi Komuniti Menerusi Penternakan Burung Puyuh di bawah geran Komuniti@ UniMADANI ini bertujuan mengenal pasti keperluan untuk melaksanakan Projek Penternakan Burung Puyuh yang melibatkan komuniti di daerah Sibuti.
Projek penternakan ini nanti diharap dapat membantu menjana pendapatan tambahanpendudukkampung yang majoritinya warga tua, suri rumah, ibu tunggal dan penduduk yang tidak mempunyai pendapatan stabil kerana hanya bergantung kepada hasil tanaman buahbuahan bermusim.
Sebagai perintis, projek di bawah Komuniti@ UniMADANI ini akan melibatkan komuniti di lima buah kampung di daerah Sibuti iaitu Pejuang, Pulau Belunu, Sulap Lada, Pulau Untong dan Labau.
Pemindahan ilmu daripada warga UPMKB akan dilaksanakan secara teori dan praktikal kepada 20 peserta daripada pelbagai latar belakang bagi tempoh lima bulan sehingga Disember 2024.
Pada masa sama, tujuan lawatan ini juga adalah untuk menilai komitmen peserta dan menjelaskan kepada komuniti mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan nanti agar dapat bersama-sama mencapai objektif projek.
Menurut ketua projek Ts Dr Carlina Freddie Simol @ Rachellynna, antara pengisian program ialah Kursus Teknikal Penternakan Puyuh dan Pemprosesan Kompos yang menyampaikan teori berkaitan penternakan puyuh secara menyeluruh, keperluan prasarana, pengenalan perumahan dan pengurusan ternakan puyuh, pemakanan, pengurusan kesihatan puyuh serta mengetahui berkaitan pengurusan anak puyuh selepas penetasan (perindukan, pembesaran dan pemberian makanan).
Di samping itu, peserta projek akan turut didedahkan mengenai pembuatan kompos melalui bahan sarap puyuh yang akan dikendalikan oleh pensyarah kanan di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains
Pertanian dan Perhutanan, UPMKB yang pakar dan mahir dalam bidang tersebut iaitu Dr Latifah Omar.
Program seumpama ini merupakan salah satu platform bagi menyahut seruan kerajaan (Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030) dalam mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import, seterusnya merancakkan kembali industri makanan dalam negara yang membawa kepada peningkatan tahap keuntungan dan menghasilkan proses pengeluaran pertanian yang lebih cekap, mampan dan berdaya tahan.
Selari dengan jenama PUTRA – “Pertanian untuk Rakyat” dan motto UPM iaitu “Berilmu Berbakti” serta menyahut seruan Naib Canselor UPM agar merakyatkan pertanian, program ini diharap memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM dengan slogan “Dari Gedung Ilmu ke Lapangan”.
Ahli dan fasilitator dari UPMKB yang terlibat dalam perbincangan projek ini ialah Latifah, Norbaya Che Rus, Khalid Nawi, Shamsudin Hatim dan Safri Abidin.
Komuniti di Sibuti pula diwakili oleh Kaunselor Samli Tinggal serta ketuaketua kaum dari lima buah kampung iaitu Saimon Osman @ Maimon Osman (Pejuang), Saimon Suhaili (Labau), Arman Simpol (Sulap Lada), Taip Bakar (Pulau Belunu) dan Rapin Idin (Pulau Untong).
Date of Input: 07/08/2024 | Updated: 07/08/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia