Anda lepasan sekolah dan mencari tempat belajar yang baik serta kondusif? Atau anda telah mempunyai pekerjaan namun ingin menambah pengetahuan dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi?.
Universiti Putra MalaysiaSarawak menawarkan pelbagai program pengajian pada peringkat PhD, Master, Bacelor, Diploma dan Pra Diploma. Program akademik yang ditawarkan sangat relevan dengan keperluan industri, dimana graduan kami telah mencapai peratusan kebolehpasaran yang tinggi. Semua program pengajian menyokong 5 tujahan akademik dan penyelidikan kami, iaitu dalam bidang Pertanian, Perhutanan, Tenaga Diperbaharui, Kimia Industri, dan Ekonomi Sosial.
UPMS kini menawarkan lima (4) program Bacelor, sembilan (10) program Diploma, dan dua (1) program Pra Diploma dan program-program lain akan ditawarkan pada tahun berikutnya.
Bagi pengajian Siswazah pula, UPMS mempunyai Enam (6) program pengajian master secara kerja kursus manakala untuk pengajian master dan PhD secara kajian, UPMS mempunyai 45 bidang penyelidikan untuk diterokai. UPM Sarawak merupakan satu-satunya kampus bertaraf universiti penyelidikan di Malaysia timur dengan 85% pensyarahnya mempunyai kelulusan PhD dalam pelbagai bidang.
Tahniah kerana menjadi pelajar UPM Sarawak. Sepanjang pengajian anda di kampus ini, anda akan berpeluang belajar kursus yang anda minati dalam suasana yang sangat kondusif dan damai. Pihak universiti amat komited untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan teknologi terkini dan keselamatan semua pelajar yang berada di kampus ini menjadi keutamaan kami.
Selain daripada belajar, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik turut dijalankan agar pelajar dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah. UPMS dilengkapkan dengan kemudahan seperti Kolej Sri Rajang, Perpustakaan, Klinik serta Kemudahan Sukan dan Rekreasi untuk memastikan pelajar UPMS kekal aktif dan mempunyai minda yang cerdas.
Peluang belajar di Bintulu Sarawak di pulau Borneo yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya adalah pengalaman berharga yang anda tidak akan dapat lupakan. Borneo mempunyai kawasan yang luas untuk diterokai semasa cuti semester. Antara lokasi popular yang boleh dilawati oleh pelajar ialah Gua Niah, Gunung Santubong, Gua Mulu dan Gunung Kinabalu selain melawati bandar-bandar seperti Miri, Sibu, Kuching, Kota Kinabalu dan negara jiran Brunei Darussalam.
Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.
Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.
Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.
Universiti Putra Malaysia Kampus Sarawak atau lebih dikenali sebagai UPMS merupakan kampus kembar kepada Universiti Putra Malaysia yang berada di kampus induk Serdang, Selangor. Buat masa ini, UPMS mempunyai dua buah fakulti iaitu Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan dan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains dan sebuah institut penyelidikan iaitu Institut Ekosains Borneo. UPMS menawarkan program pengajian di peringkat PhD, Master, Bacelor, Diploma dan Pra Diploma.
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mempunyai seramai 374 warga kerja yang berdedikasi, kompeten dan berdaya saing dalam bidang kepakaran masing-masing bagi menyokong kecemerlangan universiti dalam aspek pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan pengurusan.
Daripada jumlah tersebut:
Seramai 95 orang merupakan Staf Akademik, termasuk Guru Bahasa, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Felo Pengajar;
Seramai 53 orang merupakan Staf Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik); dan
Seramai 226 orang merupakan Pegawai Kumpulan Sokongan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi pentadbiran dan perkhidmatan universiti.
Komitmen berterusan seluruh warga kerja UPMS menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh reputasi universiti sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa.
Alumni Information System (AIS) is a web portal that will be developed by the Alumni Centre to collect and update data and profiles of the alumni of UPM. This portal is intended to ensure that the information and alumni profiles are always current, active and easily accessible for the purpose of announcements and to publicise activities /programs organised by UPM.
Alumni could update their personal information here ALUMNI UPDATE.