KELADI bunting dikenali sebagai “teparok” dalam istilah tempatan masyarakat Daerah Dalat adalah tumbuhan akuatik yang sangat invasif dan mengganggu ekosistem Batang Oya di Daerah Dalat.
Penduduk Daerah Dalat masih bergantung kepada sungai iaitu Batang Oya sebagai pengangkutan harian dan sangat penting terutamanya bagi mengangkut batang sagu ke kilang pemprosesan sagu yang kebanyakannya terletak di tepi Batang Oya.
Pertumbuhan keladi bunting yang sangat pesat dan hampir menutupi sebahagian besar permukaan Batang Oya ini menelan kos pengurusan yang sangat besar dan membebankan pihak DID dan Pejabat Daerah Dalat.
Kesan pertumbuhan rumput akuatik yang invasif ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak contohnya, pihak Petronas Nasional yang telah membiayai pembinaan kilang pembuatan baja organik daripada penggunaan keladi bunting yang akan dikendalikan oleh Koperasi Dalat Lestari Berhad. Peruntukan sebanyak RM2.2 juta bagi pembinaan bangunan pembuatan baja organik menggunakan keladi bunting telah dibiayai oleh pihak Petroleum Nasional Berhad (Petronas) di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka yang berasaskan komuniti dijangka akan siap serta beroperasi pada Disember 2024.
Intervensi daripada Petronas adalah bertepatan dengan matlamat koperasi Dalat Lestari Berhad dalam pengurusan sisa secara lestari. Koperasi Dalat Lestari Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan bilangan ahli koperasi seramai 68 orang. Misi dan visi koperasi adalah untuk menguruskan sisa buangan di Daerah Dalat secara lestari di samping dapat meningkatkan pendapatan sampingan ahli koperasi melalui penjualan produk daripada pembuatan baja organik.
Intervensi daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pula adalah Program Pendayaan Komuniti KementerianKewangan–Universiti
Awam (Komuniti@ UniMADANI).ProjekKomuniti@UniMADANIyangmelibatkan Koperasi Dalat Lestari Berhad diketuai oleh pensyarah kanan di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB, Dr Latifah Omar.
Perbincangan serta taklimat dan modul pelaksanaan projek di bawah Komuniti@ UniMADANI bertajuk “Dua Dalam Satu Produk LAH” (Lalat Askar Hitam – black soldier fly (BSF)) telah mendedahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada 60 peserta daripada ahli Koperasi Dalat Lestari Berhad mengenai prosedur penternakan LAH. Peserta projek yang terlibat dalam program Komuniti@UniMadani telah mengumpul sejumlah 30 ke 40 kilogram (kg) teparok yang dikutip di sepanjang sungai Batang Oya bagi pelaksanaan Modul 1 iaitu Ternakan Larva LAH.
Date of Input: 18/09/2024 | Updated: 18/09/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia