60 PESERTA SERTAI ENGLISH ADVENTURE DAY 2025 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » 60 PESERTA SERTAI ENGLISH ADVENTURE DAY 2025

60 PESERTA SERTAI ENGLISH ADVENTURE DAY 2025

BINTULU: Seramai 60 peserta telah menyertai program English Adventure Day 2025 anjuran Centre of Advancement and Language Competency (CALC) dan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) yang diadakan bertempat di Tegas Digital Innovation Hub Bintulu di sini pada Sabtu.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Youth Leadership and Entrepreneurship (YLE) ini secara amnya melibatkan peserta yang berumur dari 15 hingga 21 tahun yang terdiri daripada pelajar UPMS, SMK Kidurong dan Kolej Vokasional Bintulu. 

Sepanjang program berlangsung, para peserta menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Market Mission Challenge, Spelling Bee, dan Reader’s Theater Clash yang setiap satunya direka untuk mencetuskan kreativiti, kerjasama, keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.

UPMS dalam pada itu menzahirkan rasa penghargaan serta terima kasih kepada rakan strategik kami khususnya Tegas serta jawatankuasa penganjur yang lain atas dedikasi, sokongan dan komitmen mereka bagi memastikan kelancaran serta kejayaan program ini.

"Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada setiap peserta atas semangat tinggi yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung," jelasnya. 

 

Tarikh Input: 10/12/2025 | Kemaskini: 10/12/2025 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (07:54:09pm-07:59:09pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]