Festival Filem Jepun 2013 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » Festival Filem Jepun 2013

Festival Filem Jepun 2013

Festival Filem Jepun 2013


Bintulu, 09 Disember – Buat pertama kali, Festival Filem Jepun 2013 telah diadakan di Dewan Sri Kenyalang, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) bermula 07 hingga 08 Disember 2013. Untuk Bahagian Bintulu, ini adalah kali kedua penganjuran festival semenjak tahun lepas (2012). Sebanyak tujuh filem ditayangkan selama dua hari program ini berlangsung. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti Bengkel Bahasa Jepun, bengkel membuat origami, pameran dan demonstrasi pakaian masyarakat Jepun (Yukata), demonstrasi makanan turut diadakan.

Festival Filem Jepun 2013 ini merupakan anjuran Japan Foundation, Kuala Lumpur dengan kerjasama UPMKB serta penaja utama adalah Mitsubishi Corporation. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muhamad Yakup bin Kari, Residen Bahagian Bintulu. Turut hadir sebagai tetamu utama adalah Koichi Wada, Pengurus Besar Mitsubishi Corporation Malaysia, Shoichi Toyoda, Pengarah Japan Foundation dan Profesor Dr. Japar Sidik bin Bujang, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPMKB.

Muhamad Yakup dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada semua pihak yang telah berjaya menganjurkan program ini. Beliau juga mengharapkan program ini akan diteruskan pada masa hadapan dan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak. Beliau menambah lagi,  program ini secara tidak langsung telah mempelbagaikan aktiviti yang ada di Bahagian Bintulu dan mendorong pelajar-pelajar universiti mengambil peluang mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan sebagai pembelajaran melalui pengalaman.


Pakaian masyarakat Jepun


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/9:6:19:36~noCache