FREE MEAL@JSSP SANTUNI PELAJAR UPM SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » FREE MEAL@JSSP SANTUNI PELAJAR UPM SARAWAK

FREE MEAL@JSSP SANTUNI PELAJAR UPM SARAWAK

BINTULU, 9 September – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan keberkatan hari Jumaat, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan (JSSP), Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menganjurkan program Free Meal@JSSP di perkarangan jabatan itu di kampus UPMS.
 
Program tersebut mendapat sambutan hangat daripada pelajar yang hadir untuk menikmati juadah makanan dan minuman percuma yang disediakan sebagai tanda penghargaan, selain menjadi wadah mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kampus.
 
Ketua JSSP, Dr. Yasmin Yaccob berkata, inisiatif itu bukan sekadar menyantuni pelajar melalui penyediaan juadah percuma, malah menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara pensyarah, staf dan pelajar dalam suasana mesra serta harmoni.
 
“Pelajar UPMS yang hadir bukan sahaja dapat menikmati hidangan, malah berpeluang bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan dan nilai perpaduan yang menjadi tunjang keharmonian negara,” katanya.
 
Menurut beliau, program sebegini juga mampu menyemarakkan rasa kebersamaan, menanamkan nilai kesyukuran dan membina budaya prihatin terhadap kebajikan pelajar. JSSP bercadang untuk meneruskan penganjuran program Free Meal@JSSP dari semasa ke semasa sebagai usaha berterusan menyokong kesejahteraan pelajar serta memupuk semangat kebangsaan di kampus.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 09/09/2025 | Kemaskini: 09/09/2025 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (03:18:05am-03:23:05am, 13 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]