GREEN ENERGY FROM WASTE: INNOVATION FOR CLEANER ENERGY SOLUTIONS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » GREEN ENERGY FROM WASTE: INNOVATION FOR CLEANER ENERGY SOLUTIONS

GREEN ENERGY FROM WASTE: INNOVATION FOR CLEANER ENERGY SOLUTIONS

Institut Ekosains Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Sarawak telah berjaya menganjurkan IEB Talk Session 14 pada 25 Jun 2026 secara dalam talian dengan penyertaan seramai 35 orang peserta.
 
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Dr. Nur Hawa Nabilah Azman dari Faculty of Engineering and Technology, Sunway University, manakala Dr. Ahmad Zaidi Ismail dari Institut Ekosains Borneo, UPMS bertindak sebagai moderator.
 
Program ini mengetengahkan isu sisa bateri sebagai aliran bahan yang semakin berkembang, khususnya susulan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik. Para peserta turut didedahkan kepada kepentingan bahan mentah kritikal seperti litium, kobalt, nikel, mangan, kuprum dan grafit dalam penghasilan bateri.
 
Antara topik utama yang dibincangkan ialah:
🔹 Bateri terpakai sebagai sumber sekunder atau urban mine
🔹 Kepentingan kitar semula dalam mengurangkan kebergantungan terhadap bahan mentah import
🔹 Manfaat kitar semula dari aspek alam sekitar, ekonomi dan keselamatan sumber
🔹 Kaedah hidrometalurgi, pirometalurgi dan direct recycling
🔹 Pemulihan serta penggunaan semula bahan bernilai daripada bateri terpakai
 
Program ini memberikan perspektif bahawa sisa bateri bukanlah titik akhir, sebaliknya merupakan sumber bernilai yang boleh dipulihkan dan diperkenalkan semula ke dalam rantaian tenaga.Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah, moderator dan semua peserta yang telah menjayakan sesi perkongsian ini.

 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 29/06/2026 | Kemaskini: 29/06/2026 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
W, (05:32:57am-05:37:57am, 13 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]