BINTULU, 15 Mei: Seramai 30 orang peserta dari sekolah-sekolah tadika sekitar Bintulu telah menghadiri Program “Juh ke Sitok” yang berlangsung di Perpustakaan (UPMKB) baru-baru ini. Program yang diadakan selama setengah hari bersama murid-murid cilik berusia 5 hingga 6 tahun itu merupakan peserta yang hadir dalam program tersebut. Antara pelajar sekolah yang terlibat ialah Tadika Bestari, Tadika Hikmah dan Tadika Sedidik Bintulu.
Program yang dianjurkan bersempena Ceritera Padi: UPMKB AgriHub@Gedong merupakan antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bulan Mei ini. Antara Modul yang dilaksanakan ialah Pustakawan cilik, Sesi bercerita Dengarlah sayang, Babyshark Dance, Sesi DIY, Demonstrasi Dron dan lawatan sekitar kampus.
Antara objektif penganjuran adalah untuk mendedahkan pelajar kepada ilmu kepustakawanan. Di samping memberi peluang kepada komuniti untuk mendekati Institusi Pengajian Tinggi, Program ini juga adalah salah satu inisiatif untuk menggalakkan dan memupuk budaya cintakan ilmu bermula dari usia kanak-kanak.
Tarikh Input: 17/05/2024 |
Kemaskini: 17/05/2024 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA