25 Ogos 2014 (Isnin) – Program Independence Day “We Love Malaysia” telah dijalankan. Program ini bermula dari 25 ogos hingga 31 ogos 2014. Program ini adalah antara program besar universiti yang akan diadakan setahun sekali. Ia adalah hasil kerjasama 3 sekretariat iaitu Sekretariat Perpaduan Dan Jaringan Komuniti, Sekretariat Akademik Dan Alumni, dan Sekertariat Sukan Dan Kesenian Majlis Tertinggi Mahasiswa. Aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program ini adalah minggu Aspresiasi Bahasa yang berlangsung pada 25-29 ogos, diikuti oleh program penutupan Independence Day dan Larian Merdeka Pada 31 Ogos 2014.
Minggu Aspresiasi Bahasa merupakan satu program yang dirangka khas sebagai wadah dan wahana penjanaan dan peningkatan profesionalisme dalam akademik di samping pengaplikasian penggunaan bahasa yang baik, berkualiti dan gramatis. Program ini masih mengutamakan kepentingan bahasa sebagai wahana dan medium terbaik menyampaikan maklumat, ilmu dan idea secara terancang, indah dan tepat. Program yang bertemakan “Bahasa Melayu Dijunjung, Bahasa Inggeris Dikendong, Bahasa Arab Didukung” ini mampu untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris serta memperteguhkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran.
Program ini juga merupakan instrumens untuk melahirkan generasi yang membudayakan penggunaan berbahasa yang bertatasusila dalam kehidupan harian di samping memupuk budaya membaca terutamanya dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UPMKB. Pelbagai pertandingan dan aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah Spell It Right, Lukisan Kartun Berdialog, Penulisan Sajak dan Pidato. Program ini juga bertemakan “INDEPENDENCE DAY” kerana dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Kerjasama yang baik dan semangat daripada setiap pelajar Kolej Sri Rajang juga dapat dilihat daripada program ini.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia