Pasukan Bolasepak UPMKB Layak Ke Suku Akhir Piala Datuk Stephen Rundi (FA CUP) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » Pasukan Bolasepak UPMKB layak ke Suku Akhir Piala Datuk Stephen Rundi (FA CUP)

Pasukan Bolasepak UPMKB layak ke Suku Akhir Piala Datuk Stephen Rundi (FA CUP)

Bintulu, 8 Okt (UPM) - Pasukan bolasepak UPMKB telah melayakkan diri ke perlawanan suku akhir diantara UPMKB vs BPJ Fc yang akan berlangsung pada 13 Oktober 2013 (Ahad) di Padang Bolasepak, UPMKB.

Pasukan UPMKB di bawah kendalian jurulatih yang berkaliber iaitu En. Hakbaryzma Drahman dan Pengurus pasukan En. Hailey Robson telah mempamerkan prestasi yang sangat memberansangkan dengan mengalahkan pasukan Jepak United (4-1) dan telah membelasah pasukan Educator FC dengan jaringan besar iaitu (6-1). Setakat ini penjaring terbanyak pasukan UPMKB ialah Muhammad Syazwan dengan jumlah jaringan sebanyak 5 gol.

Ini merupakan petanda yang baik untuk pasukan kita bagi persediaan untuk menghadapi Kejohanan Liga Borneo yang bakal diadakan pada tahun hadapan di Sabah. Sebelum ini pasukan UPMKB telah memenangi Johan Piala Liga IPT Zon Sarawak yang telah diadakan di Stadium Negeri.

Tarikh Input: | Kemaskini: | hailey

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (01:44:36am-01:49:36am, 27 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]