PELAJAR KOLEJ SRI RAJANG UPM SARAWAK TEROKA WARISAN DUNIA DI RESONANCE OF NIAH 2025 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » PELAJAR KOLEJ SRI RAJANG UPM SARAWAK TEROKA WARISAN DUNIA DI RESONANCE OF NIAH 2025

PELAJAR KOLEJ SRI RAJANG UPM SARAWAK TEROKA WARISAN DUNIA DI RESONANCE OF NIAH 2025

MIRI, 31 Ogos 2025 –Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej Sesi Akademik 2025/2026, Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPM Sarawak) telah menganjurkan program Resonance of Niah: Uniting Through Exploration 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat pada Ahad bertempat di Taman Negara Niah, Miri, Sarawak.
 
Program yang bermula seawal 7.00 pagi hingga 6.30 petang ini berjaya menghimpunkan seramai 40 peserta terdiri daripada staf dan pelajar Kolej Sri Rajang (KSR) serta 22 orang peserta Mobility Inbond Jepun yang menginap di KSR.
 
Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengenali khazanah alam semula jadi serta warisan sejarah gua prasejarah Niah yang menjadi lambang kekayaan biodiversiti dan budaya negeri Sarawak.
 
Selain aktiviti eksplorasi dan lawatan berpandu, pelbagai aktiviti berbentuk rekreasi, pendidikan, dan pengukuhan semangat berpasukan turut diadakan. Penganjuran ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, malah berperanan sebagai medium penyatuan antara peserta daripada pelbagai latar belakang.
 
Program Resonance of Niah 2025 bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar, di samping memperkenalkan Taman Negara Niah sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan dan warisan dunia yang wajar dihargai.
 
Kejayaan program ini didorong oleh penyertaan aktif para peserta, sokongan pihak pengurusan taman negara serta kerjasama pelbagai pihak yang terlibat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 10/09/2025 | Kemaskini: 10/09/2025 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (03:01:39am-03:06:39am, 13 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]