Program Cerita-Cerita Alumni: Dari UPM ke Dunia anjuran Sekretariat Jaringan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej Sesi Akademik 2025/2026, Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Sarawak dengan kerjasama Pusat Alumni UPM dan Bahagian Alumni Pejabat Pengurusan Pelajar UPMS telah berjaya dilaksanakan pada 17 Januari 2026 di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Sarawak.
Program ini bertujuan untuk menyediakan satu platform yang dapat menghubungkan alumni dengan mahasiswa secara langsung, seterusnya menyuntik inspirasi, motivasi serta perkongsian pengalaman kerjaya sebenar kepada para pelajar.
Antara aktiviti utama yang dilaksanakan ialah ceramah “Campus to Career” pada slot pertama oleh YBrs Dr. Ahmad Mohamad Pazi dan sesi interaksi bersama para alumni pada slot kedua iaitu En. Mohamad Amirul Muqqaddas Dabeny, En. Dexter Elvin Menari dan En. Ammar Suffian Abd Wahid @ Abd Rashid yang berkongsi perjalanan kerjaya mereka dari kampus hingga ke alam pekerjaan.
Program ini telah dijayakan dengan kehadiran 155 orang pelajar selain turut dihadiri oleh YM Dr. Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi (Pengetua Kolej Sri Rajang, UPMS), YBrs Encik Fauzie Mohamad (Penolong Pegawai Tadbir, Kolej Sri Rajang, UPMS), YBrs Puan Azila Kamarjaman (Pegawai Eksekutif 4, Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMS) dan YBrs Puan Azizah Abdul Manaf (Ketua Felo, Kolej Sri Rajang, UPMS).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya para alumni yang telah memberikan perkongsian yang sangat bermakna bagi pelajar. Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh jaringan alumni dan membentuk mahasiswa yang lebih bersedia menghadapi dunia kerjaya.
Tarikh Input: 05/02/2026 |
Kemaskini: 05/02/2026 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA