PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAL (CEPA) (MARIN) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAL (CEPA) (MARIN)

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAL (CEPA) (MARIN)

Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak telah berpeluang menyertai Program Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) (MARIN) anjuran Sarawak Forestry Corporation yang berlangsung pada 26 April 2026 di Dewan Kuala Nyalau, Bintulu.
 
Penyertaan ini melibatkan pembukaan reruai pameran sebagai platform untuk mempromosikan peranan UPM Sarawak serta berkongsi ilmu berkaitan pemuliharaan alam sekitar kepada komuniti setempat, khususnya dalam aspek biodiversiti dan ekosistem marin.
 
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Majang Anak Renggi selaku Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, dan turut dihadiri oleh Encik Abang Arabi Bin Abang Aimran selaku Pengurus Besar (CEO) Sarawak Forestry Corporation.
 
Bertepatan dengan tema tahun ini, “Kuasa Kita, Planet Kita”, program ini menjadi wadah penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar demi kelestarian generasi akan datang. 
 
“Kuasa Kita, Planet Kita, Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia 2026"
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 04/05/2026 | Kemaskini: 04/05/2026 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (12:01:31am-12:06:31am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]