Bintulu, 25 Ogos 2024 - Program Semarak Jiwa Merdeka 2024 anjuran Seketeriat Kerohanian & Perpaduan telah diadakan di Dewan Sri Kenyalang bermula dari pukul 6:30 pagi hingga 5:00 petang. Program ini bertujuan untuk merayakan semangat kemerdekaan melalui pelbagai acara kebudayaan dan pertandingan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Rosidah Binti Basir, Penolong Pendaftar Kanan Kolej Sri Rajang, yang memberikan kata-kata semangat dan menggariskan kepentingan semangat patriotik dalam memupuk identiti national.Program ini merangkumi pertandingan tarian kebudayaan, diikuti dengan pertandingan nyanyian lagu patriotik yang boleh disertai secara solo, duo, atau trio. Selain itu, pertandingan koir kemerdekaan dan pertandingan hakka juga turut diadakan, menampilkan bakat-bakat terhebat dalam pelbagai kategori.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Puan Rosidah Binti Basir (Penolong Pendaftar Kanan Kolej Sri Rajang) , Felo Kolej Sri Rajang, dan juri jemputan yang menilai dan memberikan penghargaan kepada para peserta.
Penutupan program diakhiri dengan simbolik, diikuti dengan nyanyian lagu patriotik yang penuh semangat. Program Semarak Jiwa Merdeka 2024 dapat memupuk semangat patriotik dan memelihara warisan budaya dalam kalangan peserta dan pengunjung.
Tarikh Input: 02/09/2024 | Kemaskini: 03/09/2024 | lanz
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia