SEB BINPS TIMEOUT JUNGLE TREKKING @ HUTAN NIRWANA, FSPH, UPM SARAWAK SIRI 1 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » SEB BINPS TIMEOUT JUNGLE TREKKING @ HUTAN NIRWANA, FSPH, UPM SARAWAK SIRI 1

SEB BINPS TIMEOUT JUNGLE TREKKING @ HUTAN NIRWANA, FSPH, UPM SARAWAK SIRI 1

BINTULU, 15 Jun 2026 – Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Sarawak Energy Berhad (SEB) Power Station Bintulu atas penyertaan mereka dalam program SEB BinPs TimeOut Jungle Trekking @ Hutan Nirwana, FSPH, UPMS.

Program yang berlangsung di Hutan Nirwana, FSPH UPMS ini memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka laluan Hutan Nirwana Trail sejauh kira-kira dua kilometer sambil menikmati keindahan hutan tropika dan menghayati kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di kawasan tersebut.

Selain menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi berasaskan alam semula jadi, program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pemuliharaan hutan serta kelestarian alam sekitar. Aktiviti seperti ini juga menjadi platform dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti industri.

FSPH UPMS berharap pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga khazanah alam semula jadi demi kesejahteraan generasi akan datang.

FSPH UPMS turut merakamkan penghargaan kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) Power Station Bintulu kerana memilih Hutan Nirwana sebagai lokasi aktiviti rekreasi dan pembelajaran berasaskan alam semula jadi, serta berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti di Hutan Nirwana boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster promosi.

Jumpa lagi di Hutan Nirwana!

Tarikh Input: 18/06/2026 | Kemaskini: 18/06/2026 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:31:54pm-02:36:54pm, 11 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]