
KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING
Penternakan ayam pedaging merupakan salah satu sektor ternakan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan, terutamanya bagi tujuan pengeluaran daging yang berkualiti. Dengan pengurusan yang betul, ternakan ayam pedaging dapat meningkatkan pendapatan usahawan tani serta menyokong sekuriti makanan negara. Kursus ini dirangka untuk memberi gabungan teori dan praktikal yang komprehensif.
Peserta akan didedahkan kepada aspek penting dalam pengurusan ayam pedaging, termasuk pemilihan baka yang sesuai, penyediaan reban, sistem pengudaraan dan pengurusan persekitaran yang optimum bagi memastikan kesihatan dan produktiviti ternakan terpelihara.
Selain itu, kursus menekankan pemakanan dan nutrisi ayam pedaging termasuk rumusan makanan mengikut fasa tumbesaran, teknik pemberian makanan dan air yang betul, serta pengurusan harian ternakan dengan cara yang sistematik.
Peserta turut diberikan latihan praktikal dalam pengurusan kesihatan ternakan melalui penerangan mengenai penyakit lazim, langkah pencegahan, jadual vaksinasi, dan amalan biosekuriti serta pengrekodan ternakan bagi mengurangkan risiko kerugian.
Tarikh:
18 April 2026 (Sabtu)
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Universiti Putra Malaysia Sarawak, Bintulu
Penceramah:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna
Yuran Penyertaan:
RM180.00 (Peserta luar)
RM150.00 (Staf, Ahli keluarga Staf* dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)
**Ahli keluarga staf - Pasangan staf, anak-anak staf dan ibu bapa staf UPM
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus
Tarikh Tutup:
14 Mac 2026 (Sabtu)
Link pendaftaran: https://forms.gle/
Pertanyaan:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019-8340886
Pn. Jega Jantai - 013-8395384
Cik Josephine Jawai Makos - 013-7073252
NOTA
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 14 Mac 2026 (Sabtu). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 14 Mac 2026 (Sabtu).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.
Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP),
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)
Updated:: 25/02/2026 [lanz]

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia