KURSUS PRINSIP PEMBUATAN MAKANAN RUMUSAN IKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» KURSUS PRINSIP PEMBUATAN MAKANAN RUMUSAN IKAN

KURSUS PRINSIP PEMBUATAN MAKANAN RUMUSAN IKAN

KURSUS PRINSIP PEMBUATAN MAKANAN RUMUSAN IKAN

Apa yang menarik berkaitan dengan topik kali ini adalah para peserta akan diberi penerangan serta perkongsian ilmu mengenai penghasilan makanan ternakan merangkumi pelbagai kategori makanan mengikut amalan akuakultur baik. Makanan rumusan yang dibuat/dihasilkan adalah bertujuan untuk membekal nutrient yang optimum kepada ikan dan dalam masa yang sama dapat membantu mengurangkan kos penghasilan makanan ikan. Ianya secara langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ikan pada tahap yang maksima berbanding dengan habitat asal ikan tersebut. Selain daripada itu turut didedahkan juga kepentingan nutrient (Protein, Lipid, Karbohidrat, mineral, vitamin, tenaga) serta kaedah perumusan makanan ikan.

Tarikh:
25 - 26 Oktober 2025 (2 hari, Sabtu & Ahad)

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPM Sarawak (Bintulu)

Penceramah:
Dr. Kamil Latif

Yuran Penyertaan:
RM360.00 (Peserta luar)
RM300.00 (Staf, Ahli keluarga Staf* dan Pelajar UPM)

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus

Tarikh Tutup:
26 September 2025 (Jumaat)

Link pendaftaran: https://forms.gle/HDN2xsbhaYukNCW56

Pertanyaan Pegawai Seranta:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019-8340886
Cik Josephine Jawai Makos - 013-7073252
En. Ayum Balai - 019-8551378

Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 26 September 2025 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.

2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 26 September 2025(Jumaat).

3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.

Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Sarawak
 

Updated:: 02/09/2025 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (10:44:10am-10:49:10am, 06 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]