MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KE-49 (SIDANG 1) 

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen UPM Ke-49, Sidang 1 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 1 – 2 November 2025
Tempat: Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Sarawak
Majlis konvokesyen ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui, Pro-Canselor UPM.
Majlis gilang-gemilang ini menjadi platform penghargaan kepada para graduan UPM Sarawak atas kejayaan akademik yang telah dicapai, di samping menzahirkan semangat universiti dalam mengangkat aspirasi “Berilmu Berbakti”.
Maklumat lanjut berhubung atur cara majlis akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi serta saluran media sosial UPM.
Updated:: 02/09/2025 [lanz]
MEDIA SHARING