BINTULU,- Sukan futsal merupakan salah satu sukan yang hangat dalam kalangan remaja bahkan dalam orang yang berumur dan hal ini dapat dibuktikan dengan penyertaan 14 pasukan mengambil bahagian dalam Putra Charity Futsal Fest 2024 anjuran pelajar Kursus QKS2104 Semester Pertama Ambilan 2024/2025,Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Sarawak. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 hingga 27 Oktober 2024,bertempat di Stadium Muhibbah Bintulu Sarawak.
Penasihat program ini, Encik Dominic anak Derus berkata, pertandingan futsal tersebut dijalankan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar berkenaan menguruskan program serta melaksanakan tugasan wajib. Di samping itu, program ini juga dapat mengukuhkan semangat kesukanan di dalam diri pelajar serta peserta khususnya masyarakat Bintulu untuk terus bersukan kerana ianya sememangnya memberikan pelbagai manfaat. Beliau juga berkata, pertandingan futsal merupakan salah satu medan ataupun aktiviti untuk masyarakat zaman kini untuk melepaskan diri daripada genggaman teknologi ICT khususnya remaja yang sering menghabiskan masa untuk bermain permainan video menggunakan telefon pintar
Pertandingan ini berlangsung dengan penuh gemilang serta berjaya mengumpulkan 14 pasukan futsal yang memberikan perlawanan yang sihat serta sengit antara mereka. Kerjasama di antara AJK serta peserta kursus ini amatlah kukuh dan berjaya menjayakan program ini hingga detik akhir program ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta kursus yang mengembleng tenaga serta membantu kepada kejayaan program ini. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan Stadium Muhibbah yang telah memberi ruang untuk menganjurkan program ini.
Pertandingan ini menggunakan Format 7-1-7 dan diadili oleh pengadil yang bertauliah. Pertandingan ini dijuarai oleh pasukan Wawasan Club ,tempat kedua disandang oleh Ayash United ,dan tempat ketiga bersama disandang oleh 69 United & Pulai Pukuk FT. Masing-masing membawa hadiah yang lumayan berupa wang tunai dan pingat pertandingan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang turut menjayakan program ini.
Selain itu,penganjuran dan penyertaan pasukan yang datang dari pelbagai lapisan umur, menjadi salah satu matlamat utama pertandingan ini. Nilai murni seperti saling menghormati,jujur dan semangat kesukanan diterapkan sepanjang pertandingan ini. Sempena penganjuran program ini pihak penganjur serba sedikit dapat memberi sumbangan berupa wang tunai kepada ‘Food Bank UPMKB’ hasil daripada yuran penyertaan setiap pasukan.
Diharapkan pada masa akan datang,penyertaan daripada pasukan lain akan lebih memberangsangkan supaya lebih banyak saingan dan sengit. Dari pihak penganjur, kami dapat menimba pelbagai ilmu baharu serta menambah pengalaman sedia ada sebagai penganjur dan akan menggunakan ilmu tersebut pada masa yang akan datang kelak.
Updated:: 19/11/2024 [lanz]
MEDIA SHARING