A) Adat Tepung Tawar Kaum Melayu
 Introduction:
Introduction:
Pengamalan   ritual   adat   tepung   tawar   dalam   masyarakat   Melayu   Sarawak   khususnya      perkahwinan  masih  menjadi  kebiasaan.  Adat  ini  dipercayai  secara  turun  temurun  mampu  memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada individu yang direnjis.  Pada dasarnya, adat tepung tawar dilihat sebagai upacara menabur beras kuning, bertih jagung, bunga rampai dan merenjis air wangi kepada orang yang diraikan (pengantin). Oleh itu, penelitian penyelidikan ini adalah untuk menganalisis makna simbol yang terkandung dalam pelaksanaan ritual adat tepung tawar yang dilaksanakan di sekitar daerah Petra Jaya, Sarawak. Kajian menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam adat yang dilaksanakan. Data diperoleh melalui  temu  bual  etnografi bersama  informan  utama  iaitu  mak  andam,  pengamal  adat  dan  orang  agama(iman  dan  kadi).  Dengan  itu,  analisis  data  menjelaskan  bahawa  simbol  yang  digunakan  dalam  adat  tepung  tawar  yang  telah  diterjemahkan  menerusi  aspek  bahan  yang  digunakan   dalam   pelaksanaanya   yang   mana   secara   simboliknya   membawa   makna   kekayaan(rezeki), kesucian, kecantikan, kesuburan, akhlak dan kebahagiaan.
 Pictures:
Pictures:


 Publication
Publication 
 Journal
Journal
Sarra Jestika Bohari & Mohamad Maulana Magiman. (2020). Simbol dan Pemaknaan Adat Tepung Tawar dalam Perkahwinan Masyarakat Melayu Sarawak. Journal Komuniukasi Borneo.), (8). 22-37
 For more further enquiries:
 For more further enquiries:
Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman
 Senior Lecturer
 Department of Social Science and Management
 Faculty Of Humanities, Management And Science
 Tel: +6086 855218
 Email: mdmaulana@upm.edu.my
Updated:: 24/08/2020 [lanz]

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia