KEM PEMANTAPAN PEMIMPIN PUTRA 2025 JATI DIRI WIBAWA, KEPIMPINAN PERKASA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KEM PEMANTAPAN PEMIMPIN PUTRA 2025 "JATI DIRI WIBAWA, KEPIMPINAN PERKASA"

KEM PEMANTAPAN PEMIMPIN PUTRA 2025 "JATI DIRI WIBAWA, KEPIMPINAN PERKASA"

KUCHING, 14 Sept – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sarawak (MPP UPMS) telah berjaya menganjurkan Kem Pemantapan Pemimpin Putra 2025 pada 12 hingga 14 September 2025 bertempat di Sumiran Eco Park Resort, Kuching.
 
Program ini menghimpunkan barisan pemimpin pelajar universiti dengan matlamat memperkukuh jati diri, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta memupuk semangat kerjasama. Sepanjang tiga hari, peserta telah menyertai pelbagai aktiviti seperti bengkel komunikasi, simulasi kepimpinan, latihan berkumpulan dan aktiviti lasak berkonsepkan team building yang dirangka untuk membentuk pemimpin muda yang berdaya tahan, berdisiplin dan berpandangan jauh.
 
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Muhammad Abdul Rahim Bin Habib Pegawai Psikologi Kanan merangkap Pemerkasaan Mahasiswa UPMS yang menegaskan bahawa kepimpinan pelajar memerlukan keseimbangan antara kecerdasan intelektual, ketahanan emosi dan kebijaksanaan membuat keputusan.
 
Penganjuran oleh MPP UPMS ini turut menjadi platform jaringan sesama pelajar dari pelbagai latar belakang, sekali gus memperkukuh nilai kebersamaan dalam memperjuangkan aspirasi universiti dan negara. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program dapat diaplikasikan oleh para peserta dalam kepimpinan di kampus.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 30/09/2025 | Updated: 30/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (11:19:55am-11:24:55am, 01 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]