Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak pada pada 9 Jun 2025 bertempat di Kuching, Sarawak. Delegasi UPMKB telah diketuai oleh Pengarah Kampus, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini bersama Ketua Pentadbiran UPMKB, Encik Noor Hakim Ahmad, dan Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPMKB, Puan Siti Rajanah Abdul Aziz.
Kunjungan ini telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS). Pertemuan ini membincangkan peluang kerjasama antara UPM dan Pejabat SUPS dalam pelbagai bidang yang berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan sumber manusia dan kemajuan pendidikan tinggi di Borneo serta cadangan strategik berkaitan penubuhan Sekolah Veterinar dan Sains Haiwan (SVAS) di Kuching.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Puan Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia UPM dan Cik Noremy Busu, Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi UPM.
UPMKB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan atas sambutan mesra serta komitmen dalam memperkukuh jaringan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.
Date of Input: 11/06/2025 |
Updated: 11/06/2025 | lanz
MEDIA SHARING