Alunan indah ayat-ayat suci Al-Quran kembali bergema di Dewan Solat, Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) pada 19 & 20 Ogos 2025, sempena Festival Kesenian Islam Edisi Ke-3.
Pertandingan Tilawah kali ini menghimpunkan qari dan qariah terbaik dari seluruh Malaysia dan Brunei, dibahagikan kepada empat kategori:

Sekolah Rendah Lelaki

Sekolah Rendah Perempuan

Sekolah Menengah/IPT Lelaki

Sekolah Menengah/IPT Perempuan
Majlis ini telah dipimpin oleh barisan hakim kebangsaan dan negeri:

Ketua Hakim: Ustaz Mohamad Shalahudin bin Marzuki

Hakim: Ustaz Dato Haji Ismawi bin Duet, Ustaz Shukri bin Sarkawi, Ustaz Yussof bin Hazmi & Ustaz Awangku Omar Asfuaddin bin Awg Hamdan

SENARAI PEMENANG

Kategori Sekolah Rendah Lelaki

Johan – Abdullah Azzam bin Hartono (SK Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu)

Naib Johan – Muhammad Luqmanul Hakim bin Mohammad Firdaus (Ma’had Tun Abdul Rahman Ya’kob, Kuching)

Tempat Ketiga – Abu Dzar bin Aizuddin (SK Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu)

Kategori Sekolah Rendah Perempuan

Johan – Nur Ain binti Hanafi (SK Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu)

Naib Johan – Nawal Fadhilah binti Mohamad Jol (SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching)

Tempat Ketiga – Puteri Nur Balqis binti Mohammad Razi (SK Asyakirin Bintulu)

Kategori Sekolah Menengah/IPT Lelaki

Johan – Abg Hakimi Syarizal bin Abg Jasmani (IKMAS Sarawak)

Naib Johan – Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman (Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei)

Tempat Ketiga – Muhammad Ahnaf bin Khafidz (Universiti Putra Malaysia Serdang)

Kategori Sekolah Menengah/IPT Perempuan

Johan – Aina Yazmyn Natasha binti Abdul Aziz (Universiti Malaysia Sarawak)

Naib Johan – Nor Syahirah Ulfa binti Aliudin (Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei)

Tempat Ketiga – Dayang Nur’ain binti Awang Shamsul (SK Men. Integrasi Teras Islam Tahfiz Darul Huffaz, Miri)
Majlis Tilawah ini bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi wadah penyemarak kecintaan terhadap kalamullah, sekaligus memupuk generasi Qurani yang berakhlak, berilmu dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, serta penghargaan buat para peserta yang telah mempersembahkan bacaan penuh syahdu dan bersemangat.
Date of Input: 25/08/2025 |
Updated: 25/08/2025 | lanz
MEDIA SHARING